Sabtu, 11 Januari 2014

Kabut Serangkai Mawar



Kabut Serangkai Mawar


Buat Yang Ku Cintai:

Masihkah kau ingat pada kenangan cinta kita?Meskipun ia hanya seketika Bak Embun Dipagi Hari.Tapi ketahuilah sayang,cintamu cukup membahagiakanku.Aku menghargainya dengan sepenuh sanubariku.Sayang,izinkan aku mengatakan padamu bahawa aku amat menyintaimu.Aku tidak tahu mengapa hati ini mampu jatuh cinta padamu.Sedangkan pada hakikatnya aku telahpun menjadi hak milik orang.Begitu juga dirimu sayangku.Apakah ini yang dinamakan Cinta Buta?Atau ia merupakan satu Mainan Asmara yg timbul melalui nafsu berahi semata?Ya Tuhan...Apakah arti cinta ini yg kau anugerahkan buatku?Aku keliru dan teramat kalut menghadapinya.Entah bagaimana aku harus mengharunginya.Menjalani kehidupan dengan menyimpan bebanan perasaan Rindu & Kasih.Aku mengasihi orang yg merupakan Suami Adikku.Aku menghadirkan perasaan rindu terhadap lelaki lain meskipun ku tahu ia hanya sia sia saja.Berdosakah aku kerana telah mengotori kesucian Hakikat sebuah Cinta dengan bertindak nekad menjadi Duri Dalam Daging terhadap Adikku.

"ASTAGHFIRULLAH AL AHZIM>>>>>AMPUNKAN AKU YA ALLAH.AKU YG TIADA DAYA DAN UPAYA.AKU YG LEMAH LAGI RAPUH.AKU HANYA WANITA.DAN AKU TAK MAMPU MENOLAK KEHADIRAN CINTANYA DALAM NALURIKU....ALLAH HU AKBAR "  JERITAN BATINKU

Aku tahu dan aku mengerti,bahawa Cinta tiada dalam Kamus Hidupmu.Kau menanggap Wanita hanya Boneka.Kau mempergunakan insan-insan yg lemah sepertiku untuk hanya memuaskan Nafsu Serakahmu.Pernahkah muncul dikotak mindamu bagaimana perasaanmu jika dirimu yg diperlakukan seperti itu?Jika ia benar berlaku padamu suatu hari nanti.Barulah kau akan tahu betapa pedih dan perih rasanya pabila ketulusan hatimu dan harapanmu diperalatkan lantas dihampakan.Sayangku hentikanlah tindakanmu yg kejam mempersendakan perasaan Wanita.Bukankah kehidupan awalmu bermula dari insan yg bergelar Wanita juga?Tidakkah ada rasa simpati disaat kau memperlakukan tindakanmu.Pernahkah terpancar di kotak mindamu,disaat kau sedang hanyut dalam Arus Gelombang Syahwatmu,Wajah Wanita-Wanita  Awal Asalmu Melihat Dunia Ini?

Insaflah Sayangku...

Hentikan segala Permainanmu yg seringkali menyakiti kami Wanita.

Jagalah Hati & Maruah Wanita-Wanita Muliamu(Ninda,Bonda,Adinda,Isteri & Anakandamu)Mereka Juga Wanita.Merekalah yg Berhak Kau Kasihi Dan Dimuliakan.Kafarah & Karma pasti akan datang.Kafarah untuk kau tebus Dosa & Kesalahanmu diatas perbuatanmu.Dengan memohon ampun pada Allah Azza Wajjallah serta Bertaubat dari Kemungkaranmu,supaya Kau Bebas Dari Kemurkaan DIA.Karma tentu akan hadir.KARMA Memberimu pengetahuan & pengalaman menghadapi segala perlakuanmu dan kini giliranmu diperlakukan begitu.Balasan diatas kekejaman & kezalimanmu menjadikan Wanita Boneka Permainan.

"WANITA ADALAH INSAN YG PALING MULIA DAN YG DIMULIAKAN ALLAH SWT.USAH WANITA KAU JADIKAN BONEKA.JANGAN WANITA KAU ANGGAP HIMPUNAN KOLEKSI KUPU-KUPU INDAH HIASAN DINDINGMU.TAPI MULIAKAN LAH WANITA.HARGAILAH WANITA.LETAKKAN LAH WANITA DIMARTABAT YG PALING TINGGI.DAN BUKAN DIJADIKAN ALAS INJAKKAN KAKIMU.KERANA JIKA TIADA WANITA DIMUKA BUMI INI,MAKA AKAN TIADALAH WUJUDNYAMANUSIA LAGI"

.......................................................................................................................

Maafkan Aku Sayangku

Kau TeTap Yg Ku Sayangi

Kau Tetap Abadi Selamanya

Kau Kekal Dalam Kenangan

Kau Cinta KuKau Kasih Ku

Kau Racun

Kau Madu

Aku Bukannya Siapa-Siapa

Aku Hanya Insan Biasa

Aku Yang Rapuh

Aku Yang Lemah

Aku Hanya.....

KABUT SERANGKAI MAWAR




(Kisah Ini Rekaan Semata Dan Tiada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yg Sudah Meninggal Dunia)
NUKILAN: QESH SAYURI RASHID

Tiada ulasan: