Selasa, 9 September 2014

CINTA KERANA ALLAH ATAU CINTA KERANA NAFSU

As Salam Sahabat Hatiku Semua♥♥♥
Apakah hakikat sebuah pernikahan?Pertemuan,perkenalan,lalu bercinta dan terus bernikah..Bukankah begitu senario nya yg logik?
Tapi  secara zahir dan batin adakah benar semua pernikahan atas dasar kerana jodoh mereka Allah yg tentukan atau mereka yg menentukan sendiri calon jodoh mereka?
Berape ramaikah yg benar2 mendirikan rumahtangga demi kerana Lillahi Taala?Atau sebaliknya kerana sahutan dan dorongan nafsu keinginan seseorang yg hatinya telah terpikat pada insan yg di inginkan..??
Subjek yg ku ingin ketengahkan adalah mengenai Bernikah Atas Dasar Nafsu Berahi Atau Kerana Allah Taala.Jika dipikir2kan.Tentu anda akan bekata dalam hati "Apa saja si pompuan ni merepek?cakap belit2 pusing2 macam orang mabuk."
Pernahkah anda terfikir seperti yg ku tanyakan?Tahukah anda membezakan sesebuah rumahtangga yg terbina,samaada mereka bercinta demi kerana cinta mereka pada Allah atau semata2 kerana mengejarkan insan pujaan hati supaya menjadi haknya bagi utk melampiaskan dorongan berahi mereka?
Tepuk Dada Tanya Selera dan jawapannya ada pada diri anda sendiri.
Oleh kerana topic ini agak sedikit sensitif maka jawapannya ku serahkan pada anda sendiri fikirkan dan tanya diri sendiri.
Kerana pada ku, pernikahan yg terbina atas dasar kerana allah taala dan ketaatan padanya akan berdiri teguh dengan bertiangkan keimanan serta berdindingkan kecintaan pada allah.
Sementara soal Pernikahan diatas dorongan Nafsu Berahi semata.Pasti perjalanan dalam rumahtangga itu juga segalanya dilaksanakan dengan mengunakan Nafsu saja.Yg Kerana itulah menjadikan penyebab sesebuah perceraiaan.Dimana Nafsu Sudah Berkemuncak mengatasi akal dan hati,sehingga dua element penting ini dlm diri manusia di kuasai sepenuhnya Dengan Nafsu.
Maka dari itu..Belum terlambat untuk anda perbaiki apa2 yg retak,rengang,longgah,goyang atau lopong dalam Mahligai Anda itu supaya ia kukuh dengan berteraskan Keimanan Dan Tawwadduk Pada Allah Azza Wa Jalla.
Waasalam
Selamat Malam
Harap Maaf Sahabat Hatiku Semua♥♥♥

Tiada ulasan: