Rabu, 28 Mei 2014
Biografi Seorang Peragawati
Sabtu, 17 Mei 2014
CINTA BANGKU SEKOLAH 1
Kisah cintaku yg lalu merasuk minda ku dikala mengelamun jauh. Aku dilanda bayangan disaat kebahagiaan masih menjadi milikku.Aku mengutip kembali memori bibit2 cinta yg mekar di taman asmara ku.Remaja..Siapa yg tidak pernah melalui zaman itu..?Ku yakin semua pernah melalui zaman remaja yg penuh kenangan pahit dan manis.Hanya barangkali pengalamannya saja yg berbeza.Namun yg pasti,tentu amat indah.Bukankah begitu? Dalam kisah ini aku ingin memutar kembali pita kenangan di minda ku,untuk aku ceritakan kembali pada para pembaca semua pengalaman hidupku sewaktu di zaman remajaku. ------------------------------------------------------------------- KISAH BERMULA (Memori 90an Gerek) Namaku Azean Eliyana Rushdi.Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang unik.Mengapa aku katakan keluarga ku unik,adalah kerana karaktor pada setiap satu ahli keluargaku.Ada yang Kelakar Seram,ada yg sensitif dan mudah panik.Terus kemudian,ada yang bengis tapi 'Ada Taman DiHati'.Ada pula yang Ungkal tapi bijak. Adik beradik ku tiga orang.Aku along,Zetty Haryani angah.Dan yang paling bongsu yaitu adik terakhirku,Shiqa Isdiyanti. Kami bertiga digelar Charlie's Angels,panggilan Glamour bagi yg tiga beradik perempuan secara umumnya. Walaupun kami perempuan,tapi kami berperangai kasar macam lelaki.Bergurau kasar,berjalan kasar,berpakaian kemeja T dengan seluar Jeans serupa seperti lelaki dan bila bab membantu buat kerja rumah,kerja yang harus panjat-panjat,bertukang,mengecat rumah.Itulah yang ku dan angah lebih gemar.Bab masak memasak mengemas dan hal ehwal kerja perempuan,langsung tidak dipegang.Tidak minat dan tidak suka.Jika terpaksa buat juga,hmmm jahanam.Hancur leburlah kerja tu.Tentu takkan sempurna. Aku memiliki seorang ayah yang sangat tegas dan garang.Tetapi dalam ketegasannya dia tetap ada sifat lembutnya,dimana dia menjadi teman bual ku selalu.Dizaman sekolah ayah akan menghantar dan menjemput ku.Soal pelajaran ayah tidak boleh mengajar kerana terlalu bengis dan keras.Hitam Katanya Hitamlah,Jika Putih Maka Putihlah.Tiada dolak dalik lagi.Memandangkan keadaanya begitu,ku memilih untuk belajar di sekolah bersama kawan-kawan. Saat ku bebas dari sekatan dan pengawasan ayahku adalah pada masa ku disekolah.Itupun tetap waktuku disekat.Aku dilarang pulang lewat.Malam jauh sekali,langsung jangan pernah sekali bermimpi aku boleh dapat perluang buat begitu.Oleh kerana aku anak yg sulung,aku menjadi tumpuan utama ayah dan ibuku.Aku dilarang bergaul bebas dengan lelaki,meski itulah satu hal yang sukar aku turuti undang2 ayahku.Walau bagaimanapun,suka atau tidak terpaksa juga aku ikutkan katanya tapi tetap ku lakukan dlm senyap. Disewaktu dibangku sekolah aku berkawan dengan lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan.Aktiviti disekolah ku juga lasak sehinggakan rentung warna kulit ku kerana banyak berpanas bergiat dengan sukan.Aktiviti paling aku suka adalah main kejar-kejar di gelanggang bola keranjang. Sani,Khairul,Junaidi,Mohktar,Iriawan,Sharif,Hamid,Amir dan ramai lagi lah nama2nya merekalah yg selalu bersama ku."Hahahah..."Tawaku tatkala kenangan itu bermain dimataku sekarang ini.Mana ada nama perempuan disebutkan disini?Tiadakan...?Itulah buktinya aku tidak ada kawan perempuan. Jika adapun,takkan pernah rapat seakrab ku dengan kawan2 lelaki di sekolah ku.Aku berambut pendek serupa macam lelaki kerana rimas berrambut panjang jika melakukan aktiviti lasak.Kerana sikap dan kegiatanku seperti lelaki,ayah ku semakin tegas terhadapku.Malah,dia khuatir aku terbabit dengan mencontohi golongan Wanita Yg Menyerupai Lelaki(yaitu Tomboy).Dalam fikiran ayahku tidak merisaukan soal hal lain,hanya hal yang merosak aqidahku.Itulah yang merisaukannya. Sehinggakan pada setiap tahun Ulang Tahun Kelahiranku,para undangan ku yang akan hadir semuanya kawan2 lelaki saja.Penuh diruang tamu rumah pangsa 5 bilik milik kami itu seramai 20 lebih orang,semuanya lelaki.Kawan perempuan yg hadir cuma 3 orang saja.Serene kawan baikku sejak darjah 1 hinggalah ke sekarang.Kak seri yaitu kakak angkatku yg setia bersama ku hingga sekarang.Farah kawanku yg sekarang sudah putus hubungan.Surianie adik angkatku yg selalu bersamaku di masa itu kerana dia juga sama sepertiku,lasak dan Boyish tapi alhamdulillah, dengar khabar dia sekarang sudah jadi seorang muslimah solehah. Zila,Yana,Su dan Fizah merupakan sahabat sejatiku sampai hari ini. Itulah saja kawan perempuan yang aku ada yang seiring sejalan bersamaku dizaman kanak2,remaja dan hingga sekarang.Yang selainnya Umpama Debu Dibawa Angin.Hadir dan terus hilang. Dari seusia kanak2 aku kurang berkawan dengan perempuan adalah kerana aku benci pada sikap cemburu,iri hati,mahu beradu siapa paling cantik,berlagak dan sombong.Semua sikap ini tiada pada diriku.Dan oleh kerana itu,aku memilih untuk berkawan dengan lelaki.Jika aku ada kawan perempuan,itu berarti perempuan itu memiliki persamaan yg ada padaku.Dari itu,bolehlah dia jadi kawanku.Jika tidak.Maaf saja lah.Aku tidak minat langsung hendak melayan kerenah orang2 macam ini. Istilah persahabatan bagiku adalah sering bersama dalam suka dan duka,sanggup bersusah payah bersama dan berfikiran terbuka.Jika sifat2 ini mampu dihadapi bersama.Orang itu akan tentu jadi kawanku atau mungkin lebih akrab lagi,menjadi sahabatku. Dalam sepanjang zaman persekolahan,aku mempunyai ramai kawan.Fikiranku sejernih jernihnya dan tidak pernah berfikiran untuk melakukan hal2 yang merugikan diriku sendiri.Walaupun aku berkawan dengan lelaki,tidak terlintas dalam hati untuk melanggar batasan pergaulan antara perempuan dan lelaki.Namun begitu,apalah daya ku sebagai manusia biasa yg seringkali tidakkan pernah sempurna.Aku tentulah ada tersilap langkah.Aku akur pada ketentuan yang telah tertulis oleh illahi buatku.Kesal tidak pernah wujud dalam jiwaku,hanya yang ada ialah rasa terkilan. SWEET SIXTEEN.....♥ Memori disaat hati mula berjinak-jinak mencuba untuk mengenali istilah Cinta Monyet.Pada ketika itu aku tidak kenal apa arti sebenar perkataan Love atau lebih tepat lagi,Cinta.Biasalah.Lumrah anak seusia 14tahun.Itulah saat usia dimana jiwa sedang berkobar-kobar untuk mencari tahu dan membuat eksperimen setiap apa yg dilihat mata atau didengar dek telinga. Sebenarnya.Sewaktu aku di sekolah rendah,aku sudah pun mengalami satu perasaan yg hadir dari dalam naluriku.Tetapi dikala itu,perasaan dan jiwa ku belum tepat.Maklum saja,fikiran pun belum matang dan setiap apapun tindakanku hanya dengan sebab mahu bermain main saja. Sebaik saja aku menempuh usia Akhil Baglih,yaitu saat aku berumur 13tahun,muncul suatu rasa yg pelik dari hatiku yg paling dalam.Aku mengalami sejenis getaran yg datang dari hatiku jika aku tidak bertemu dengan seseorang.Tetapi,aku belum pasti apakah perasaan itu.Apabila mataku memandang orang yg membuat hatiku bergetar,muncul pula rasa ingin bersamanya berdua saja,dan tidak mahu ada kawan2 yg lain berserta.Maksudnya aku disini adalah.Apabila aku bersama dengan orang yg aku sukai itu,jika boleh aku mahu dia bersama denganku berjalan,belajar berdua,bersiar siar hanya kami saja. Itulah awal permulaan aku dihantui oleh perasaan yg dinamakan asmara. Setelah faham bahawa perasaan getaran dihatiku tadi itu ialah cinta,hadirlah pula rasa rindu.Ingin mendengar suaranya selalu.Mahu bertemu dia setiap hari dan fikiranku juga sudah berubah.
(Kisah Ini Berhenti Disini Dan Nantikan Sambungan Nya Di CINTA BANGKU SEKOLAH 2)
Sabtu, 19 April 2014
EPILOG PERMATA BUAT ISTERI
EPILOG PERMATA UNTUK ISTERI
Sejenak aku dikejutkan oleh khabar yang amat membuatku hiba serta merta sebaik saja mendengarnya.Khabar berita mengenai mantan suamiku yang kini sedang menghitung hari menunggu kedatangan Sakarat menjemputnya mengadap Illahi. Sedetik itu juga,aku terkenangkan timbunan dosaku yang teramat besar terhadapnya yang telah banyak berkorban untukku.Setiap saat dan setiap detik dalam hidupnya,hanya akulah saja dalam jiwa dan mindanya.Akulah Cintanya.Akulah temannya.Akulah kekasihnya Dan Akulah ISTERINYA. Tidak pernah dia menyakitiku malah sering berusaha untuk membahagiakan ku.Daripadanya aku memiliki satu penghormatan dan belaian sebagai seorang isteri.Aku disanjung dan ditempatkan setinggi tingginya martabat yang selayaknya diterima seorang isteri.Semangatnya selalu berkobar kobar untuk melakukan yang terbaik buatku.Walaupun segala kesempurnaan ini dia telah lakukan untukku.Aku tidak mampu untuk menimbulkan rasa cinta dan kasih buatnya. Kekecewaan ku yang lalu telah menjadikan hatiku beku tidak bernadi untuk menerima Cinta dan Kasih dari lelaki.Termasuklah beliau.Dia telah melakukan segala galanya kewajiban sebagai seorang lelaki,yang sekaligus suami ku.Sedikit pun kasih sayang tidak pernah kurang untukku.Uang,harta dan segala kemewahan dia sanggup adakan untukku walaupun dirinya terpaksa bersakit dan berpenat lelah mencarinya untukku. Akibat terlalu termakan budi,aku telah secara nekadnya menerima lamarannya dahulu,untuk jadikan aku isterinya.Walau pada dasarnya hatiku tidak mampu menyintainya.Selama perkahwinan itu aku telah menipu diriku berlakon seolah olah aku menyintainya sebagai isterinya.Semata mata untuk cuba membahagiakannya,walaupun jauh dilubuk hatiku,aku masih menyimpan kekecewaan dan kelukaan lalu. Dia kujadikan sebagai mangsa untuk melepaskan diriku dari terus terbelenggu dengan phobia pada kemusnahan mahligai ku yang lalu.Akibat sering dimanjakan dengan kesenangan,kasih sayang,belaian dan layanannya buatku,aku menjadi semakin kejam mempergunakannya untuk mendapatkan segala keinginanku.Yang aku tahu, dia tentu akan adakan untuk ku. "Ya Allah...Berdosanya Aku!!!!"Tangisan hatiku disaat melakarkan nukilan ku ini.Jari jemariku mengeletar mengatur ayat.Hatiku menangis kehibaan mengenang segala perbuatanku terhadap seorang lelaki yang ihklas menyintaiku sebagai isterinya. Kebahagiaan dan keindahan dalam rumahtangga yang dibina berkekalan hanya selama 3 tahun. Lantaran itu,secara tiada diduga mahligai bahagia itu dilanda badai yang telah memusnahkannya.Sekaligus,ia memberiku helah untukku jadikan sebagai penyebab aku meninggalkannya.Bak Kata Pepatah,Akibat Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.Begitulah yang telah berlaku. Pada saat aku meluahkan padanya bahawa aku akan meninggalkannya dan memutuskan hubungan suami isteri kami,seluruh tubuh ku mengeletar.Aku serba kekalutan yang tidak terkata.Ibarat Orang Mengantuk Disorong Bantal.Begitulah aku disaat itu.Aku menjadikan keruntuhan itu sebab untuk melepaskan diri darinya.Tanpa berfikir panjang.Dengan keegoaan dan kekerasan hatiku.Aku mengfailkan proses penceraiaan di Mahkamah Syariah.Dia tidak mahu melepaskan ku dan menerima permohonan perceraiaan itu.Dan aku Bergantung Tak Bertali selama 3tahun sementara menantikan persetujuaanya. Sebenarnya....Puncanya Ialah?? Akibat kesalahanku dan keegoaanya sebagai seorang lelaki,dia telah secara spontan melafaskan Thalak terhadap diriku sewaktu pertengkaraan kami.Aku mengambil kesempatan itu untuk menamatkan perkahwinan kami.Dan akibat keterlanjurannya itu juga,dia tidak dapat menerima kenyataan, bahawa ia telah meletakkan jurang pemisah antara kami.Dia menelan segala rasa bersalah dengan menganggap,dialah penyebab perceraiaan kami. Secara pandangan Mata Kasar umum.Dialah angkara perceraiaan kami.Tetapi kenyataannya yang sebenarnya adalah AKU.Aku memang sudah lama menantikan saat untuk melepaskan diri darinya.Mengapa aku bertindak begitu?Sebabnya adalah.Aku sudah tidak tergamak untuk berterusan menipunya dengan berpura pura menyintainya.Yang pada kenyataannya,aku tidak pernah menyintainya.Sayang juga tiada untuknya,yang sepatutnya ada dari seorang isteri terhadap suaminya.Keseluruhannya,apa yang aku mampu adakan untuknya hanyalah perasaan hormatku padanya dan menjalankan kewajibaanku sebagai isteri. Keihklasaan,Kerelaan,Kesetiaan itulah saja yang dia miliki dariku. Dalam setiap saat sepiku bersama Allah diatas sejadah,aku selalu memohon padanya agar hadirkanlah Cinta dan Kasihku buatnya sebagai untuk membalas cintanya buatku.Aku selalu memohon ampun pada Allah agar dapatlah kiranya memberiku hidayah untuk menjalani rumahtanggaku secara normal seperti isteri isteri yang lain umumnya.Kerana aku sedar bahawa aku menanggung dosa yang amat besar sekali terhadap suamiku akibat kekerasaan hatiku.Namun,Aku Tetap Gagal. Setelah lama memohon dan berdoa pada illahi,akhirnya aku diberikan satu iktibar yang berbeza dari harapanku.Aku dihadapkan dengan jalan keluar bagi membebaskan diriku dari berterusan dibelenggu dosa terhadap suamiku.Walaupun pahit untuk melewati proses menjanda untuk kali yang kedua dalam hidupku,setidak tidaknya itulah jalan keluar untuk tidak berterusan menjadikan suamiku sebagai mangsa keadaanku. Tiada manusia normal yang mahukan perceraian berlaku dalam rumahtangganya.Itulah harapan bagi mereka yang bernikah atas dasar saling cinta menyintai.Walhal,padaku awalnya berharap yang sama seperti itu, meskipun aku tiada perasaan terhadap suamiku.Aku tidak pernah putus putus menghormatinya.Aku melayani segala kemahuannya.Aku menyokong semua usahanya untuk mencari nafkah buatku.Aku menyatukan kembali silaturahimnya dengan keluarganya yang dahulu berbalah.Boleh dikatakan,tiada satu pun kewajibaan dan ibadahku sebagai isteri yang aku tidak tunaikan. Dalam kesempurnaan ku,aku tentulah ada kurangku.Aku tidak mampu melahirkan Cahaya Mata buatnya agar dapat menyambung keturunannya.Dan aku gagal menyintai dan menyayanginya..Itulah Kegagalan dan Ketidak kesempurnaanku.Dia sering menyakinkan ku,walaupun aku tidak mampu untuk memberinya keturunan,ketidak sempurnaanku itu tidak akan memudarkan rasa cintanya buatku.Dan dia menerima kekuranganku.Itulah kenangan saat bahagia kami dimana kasih sayang tidak pernah kurang antara kami. "Ku Sangka Panas Berpanjangan,Rupanya Hujan DiTengah Hari"Beberapa rangkap ayat dalam lagu P Ramlee Hujan DiTengahHari.Begitulah keadaan kami. Akhirnya pada pertengahan tahun2013 aku sah diisytiharkan bercerai dengannya dan buat kali kedua dalam sejarah hidupku,aku diletakkan Title janda.Kami menerima perceraiaan itu dengan lapang dada dan setelah lama memujuk hatinya sendiri.Akhirnya dia dapat menerima kenyataan hakikat bahawa selama ini dia gagal memiliki hatiku. Memang dia berjaya memiliki ragaku dan menjadikan ku untuk melengkapi Tulang Rusuknya dalam selama aku menjadi isterinya.Tetapi dia gagal menyelam masuk kedalam alam batinku dan menggapai hatiku.Agar dengan itu, dia dapat memiliki Cinta dan Kasih yang terkubur didalamnya."Maafkan Aku...Isterimu Yang Tidak Lengkap Ini." Sayang seribukali sayang.Hakikat yang sangat perit buatnya.Tetapi apalah dayaku,aku tidak mampu memaksa diriku untuk menerima cintanya dalam hatiku. (Iktibar dalam kisah ini untuk semua sahabatku.Jangan pernah sekali kali menipu diri sendiri demi untuk mengejarkan kemewahan.Walaupun kau berjaya memiliki nya,tetapi kau akan dicengkam olehnya lambat laun.Sedarlah temanku,Cinta Sejati hanya akan hadir Sekali saja dalam seumur hidupmu.Harta dunia serta semua manusia,semuanya milik Allah.Dan jika kamu melepaskan ia pergi.Kamu tidak akan pernah lagi dapat memiliki Cinta Sejati dari Manusia.Pilihlah Yang Mana Kamu Mahukan. Hanya satu saja Cinta Sejati yang tinggal untuk kamu kejar adalah Cinta Allah buat hambanya serta Kasih Rasullullah buat umatnya. Itulah Cinta Sejati Yang Sebenar.Satu Dalam Berjuta.Kekal Selamanya Hingga Ke Alam Barzah♥) Nukilan: Qesh Sayuri Acito San (Kisah hanyalah rekaan semata untuk dijadikan iktibar buat semua dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..)
Ku Kesali by Ning Baizura
Dimanakah Kan Ku Cari, Rasa Rindu BersamaMu...
Takkan Mungkin, Memori Kan Kembali Lagi..
Bicaramu Ku Hayati, Senyumanmu Ku Ingati...
Kini Tiada Guna Ku Tangisi.
Ku Tak Perduli, Budimu Tidak Ku Hargai...
Sangsi Ku Ragui Dihati, Nyata Kini Ku Rasa Sepi...
Kau Telah Tiada, Pergimu Tanpa Sembarang Pesan...
Prasangka Ku Kini Berakhir,
Ku Berdosa Kerna Tidak Menyintaimu....
Rasa Kesal Bergelora, Rasa sepi Tak Terperi...
Hanya Tinggal, Kenangan Dengan mu....
Kehilangan, Itulah Yang Ku Rasakan..
Hanya lah Doaku, Kau Tenang Disana....
Sabtu, 5 April 2014
Doa Dan Harapan Seorang Isteri
Bismillah Hi Rahman Ni Rahim
Ya TuhanKu,
Selama ini belum pernah aku merasakan cinta yg seperti sekarang kau anugerahkan padaku.Syukur yang teramat sangat.Ku mohon padamu Ya Tuhan,usah pisahkan kami selain ajal.Janganlah kau pudarkan seri cinta kami.Kekalkanlah Ya Tuhan kasih sayang kami dengan tanpa jemu datang bertandang dihati.Dialah suamiku.Dialah cinta hatiku yg telah kau beri buatku.
Ya Allah
Tolonglah hambamu ini hilangkan rasa piluku.
Ku mohon padamu ya Qayyum.
Kurela kau ambil apa saja yg berharga dariku.Asalkan jangan kau ambil kembali rasa cinta antara kami,lantas kau lontarkan Jauh jauh dari jiwa kami.Aku takkan Rela Ya Tuhan.Aku redoh pada kudrat dan iradat mu.Juga ku yakin pada qada dan qadarmu.Tiada dayaku menghalang itu semua.Harapanku hanya satu saja.Kau pertahan dan peliharalah rumahtangga kami daripada binasa dek badai kehidupan.
Seandainya,satu waktu nanti jika terjadinya kehambaran dalam ikatan kasih kami.Lantas tertalak diriku akibatnya yg memisahkan kami.Ku berjanji dan ku bersumpah diatas nama Ayah dan Ibu yang melahir dan menjadikan aku:
"Hingga Akhir Hayat Ku,Aku Haramkan Diri Aku Di Peristerikan Oleh Sesiapa Lagi.Dan Kau Tutup Lah Pintu Hatiku Daripada Mengizinkan Cinta Hadir Sekali lagi. "Ya Robbi.
DIA CINTA ANUGERAH DARIMU
DIA SYURGAKU
DIA AWAL DAN AKHIR BUATKU
DIA AMANAHMU
DIA SEGALANYA
DIA SUAMIKU,
DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN YA RABB♥
Khamis, 16 Januari 2014
Biografi Kiera Balqesha
Nak share sikit aarr..Aq jln2 di FB, terserempak ngan seorg hamba allah ni punya profile.Aq kalo sebut namanya danger nanti jadi Gempak.So tkyah laa sebut nama.Lagipun kalo sebut nama dah jatuh hukum Mengumpat..Dosa.
So ceritanya ni:
Hamba Allah ni dulu seorg kwn aq.Kerja dgn aq.Hidupnya..Allah Hu Alam..Tk Berape tahu,senang atau susah.Tapi dari desas desus ceritanya pd aq, dia susah.Tkde yg suka dia benci dia dan sebagainya laa yg negatif.
So dia kerja pun kais pagi mkn pagi.Mcm aq jugakk..Jadi Kupu Kupu.Tapi aq dpt lebih laa sikit.Sebab aq kerja Tukang Masak siang hari.Dia selalu mengeluh pd ku tkde duit.Duit yg dia dpt tk cukup dan so on..Pernah aq tk sampai ati.One nite aq ada lebih aq kasilaa dia sikit.Buat utk pe je laa dia perlu.But and end up, got one time.
Mungkin due to desperation maybe, dia cut queue aq punya Line n kena Tangkap Redhanded by Boss.End up kena buang kerja.Tapi bila dh kena buang.Barulaa nampak true colour dia.Dia tk mengaku salahnya dia salahkan org lain.Kononnya dengki, irihati dan aniaya dia.Tk padahal, itu yg dia buat kt aq.dia tk sedar pulakk LoLzzz.
Jadi sejak tu aq dh tk tau pe beritanya lagi Sampailah skrg.Terserempak dgn FB nye.Aq pun jadi Stalker laa jap.Kaypo jugak ehk aq..Hehe
Tapi yg buat aq kaypo masuk FB dia sebab aq ternampak gambar di Cover Photo FBnya Gambar Duit Berlambak2 Dgn Kunci Kereta Mercedes.aq pun masuk laa..
Tk salah lagi jangkaan Aq, MLM..Syarikat Yg heboh tayang2 duit buat kipas tuuu.Dia jadi Agent MLM Jual Duit Beli Duit nihh..Dh lain auranya..Dah 'berbungkus' Kepala
Tapi yg buat aku kurang dapat menerima adalah,Image Barunya Tidak Sealiran Dengan Perwatakan Serta Tutur Bicara yg dilimparkan.Dia melepaskan Amarah Pada Kawan2 Yg Tidak Mahu Menyokong Perniagaan MLMnya.Dia Mencemuh mereka dengan kata kata Sinis dan berbahasa kurang sopan dengan menyertakan kata2 kesat.
Masha Allah...Kesiannnn
Mengapalah Jadi Begini?Lupa kah pada masa lalu siapa dirinya?Atau Duit Kipas Tu Sudah Kaburkan Mata Zahir Dan Batinnya...?Nauzubillah.
Mudahnya Orang Orang Ni Lupa Diri.Kekayaan Belum Lagi Dimiliki.
Kejayaan belum pun di kecapi.Sudah ada sifat Riak,Takabur Dan Ujub..
Tak Takut Ke Pada Kaffarah Allah?Mampukah Menebusnya...Adakah Kesempatan?
Ya Allah Mohon Berikanlah Hidayah Buat Temanku Itu.
Sedarkanlah Dia Sebelum Terlambat Dan Terus Khayal Dik Hasutan Iblis.
Nukilan: Qesh Sayuri Rashid
Ahad, 12 Januari 2014
AKU BUKAN WANITA SEMPURNA
CINTA ADALAH SEBUAH KOMITMENT,
UNTUK SELALU BERSIKAP JUJUR...
BOLEH MENERIMA SETIAP KEKURANGAN
HATI DIAM MEMBISU...
MENDUGA MENCARI TAHU,
ADA APAKAH DENGANMU
HATI MAKIN CURIGA...
MENDENGAR SEBUAH CERITA,
ADA APA KAU DENGANNYA
AKU BUKAN WANITA SEMPURNA
AKU PASTILAH ADA KURANGNYA,
TAPI KU SETIA....
TAK MENCOBA TUK KE LAIN HATI,
AKU MERASA DIA CURANG
AKU MERASA DI TIADAKAN,
AKU SAKIT HATI....
SAKITNYA SETENGAH MATI
JANGAN ANGGAP CINTA KU TIADA
HATI MAKIN CURIGA....
MENDENGAR SEBUAH CERITA,
ADA APA KAU DENGANNYA....
AKU BUKAN WANITA SEMPURNA,
AKU PASTILAH ADA KURANGNYA
TAPI KU SETIA,
TAK MENCOBA TUK KE LAIN HATI
JANGAN ANGGAP CINTAKU TIADA
NUKILAN:QESH SAYURI RASHID
NYANYIAN: NING BAIZURA

