Isnin, 7 Oktober 2013

WORDS OF WISDOM


CERPEN:BERIBU SESALAN

BERIBU SESALAN

SINOPSIS-ILLUSTRATION

Membuka lembaran baru dalam kehidupan umpama bayi yang baru saja lahir di alam fana.Setiap manusia yang hidup di alam fana ini haruslah mencorak dirinya sendiri walaupun pada dasarnya orang tua kita yang mencoraknya terlebih dahulu.Setelah mengenal bulan dan bintang,manusia itu sudah  tentu mula membina  serta menentukan hidupnya samaada baik ataupun buruk.Secara lumrah.Memang tiada yang lahir ke dunia ini dalam keadaan serba sempurna sepenuhnya.Kerana sudah suratan illahi,terciptanya manusia semuanya tidak serupa dan tiada yang serba sempurna.Tentu setiap yang buruk ada indahnya dan setiap yang indah ada buruk didalamnya.Itulah yang dinamakan Hakikat Qada dan Qadar.Tiada sesiapa pun yang mampu mengelak mahupun menyangkalkan kenyataan ini. Mari kita ikuti kisah dalam cerpen ini yang bedasarkan daripada kisah benar yang berlaku dalam hidup ku.

Nama bagi semua watak di dalam Cerpen ini ku ganti.Sebuah cerpen yang mengisahkan tentang persahabatan.Dan mereka semua berasal daripada dunia hitam dan kini sedang merangkak-rangkak membuat pembetulan diri.Satu lagi kenyataan yang amat perit untuk di terima kenyataannya adalah soal hidup dan mati.Tiada siapapun yang menginginkan perpisahan.Apatah lagi jika perpisahan itu melibatkan kematiaan.Itu berarti kehilangan,perpisahan buat selamanya.Malah tiada mungkin dapat dihalang pemergiaan itu.Setiap yang hidup tentu akan merasai mati yang nyata apa yang bernyawa pastikan menemui ajalnya.Satu lagi Hakikat yang payah diterima terutama jika yang pergi itu insan yang amat penting dan berharga dalam hidupnya.Manusia lemah seperti kita tentu tak mampu mengharunginya dengan hati yang tabah.Menerima kenyataannya sama ibarat dengan sudah luka tapi disiram cuka.

 KISAH BERMULA

BIOGRAFI SYURA & MARINA(MANTAN GRO KTV)

INNALILLAHI WAINNALLILLAHI ROGIUN-KITA DATANG DARI ALLAH KEMBALI JUGA PADA ALLAH 

Tanah tandus dan kering di pusara menjadi tempat persemadiaan insan apabila tiba saat dijemput pulang mengadap illahi. Semua insan pasti dijemput untuk mengadapnya di alam baqkah dan meninggalkan alam fana.Segalanya telah ditetapkan oleh sang pencipta.Kita sebagai hambanya hanya mampu pasrah pada ketentuannya.Cuaca redup,berserta dengan angin bertiup sepoi-sepoi.Pepohonan di sepanjang kawasan pusara bergoyang-goyang ditiup angin seakan seperti sedang berzikir.

Kelihatan dari kejauhan,seorang wanita berbadan kecil sedang duduk dipinggir sebuah Kubur yang tanahnya masih merah,kelihatan sayu dan sugul.Di tangannya memegang senaskah kitab Yassin yang dibacanya dengan nadah sendu menahan sebak didada.Sesampainya di penghujung bacaannya,kesenduaannya disapa lembut oleh seseorang dari belakangnya.“Syura...?Sudahlah tu sayang.....,Usah diratapi pemergiaannya....,Redahkan lah saja .....Arwah Marina tentu tidakkan mahu melihat teman nya bersedih....”Aidil memujuk tunangnya yang sedang baru saja kehilangan teman karibnya,Marina.         Asyura menoleh menatap tunangnya dengan aura diwajahnya menampak kehibaan.Lalu berkata padanya. “Mar adalah sebahgian dari hidup Syura....Mengapa Allah menjemputnya pulang dengan terlalu awal.....?Aidil...Mar sudah umpama nyawa Syura.....,pemergiaannya turut umpama membawa nyawa Syura juga.....” Asyura menangis di bahu tunangnya. “Tidak elok Asyura berkata begitu...,sudah....,mari kita balik....Jangan ganggu persemadiaannya....Biarkan dia tenang di sini..Kita sudah lama disini...cuaca pun tak baik...dah mula mendung tu...”Aidil memujuk tunangnya lalu merangkulnya bangun dan mengajaknya pulang.

Perasaan tunangnya itu amat difahami.Asyura terlalu sedih dan berasa amat kehilangan. Arwah Marina ialah teman karibnya yang selama ini menjadi inspirasi dalam setiap perjalanan hidup Asyura. Ibarat isi dengan kuku.Itulah akrabnya persahabatan mereka berdua.Kini setelah pemergiaan Arwah Marina akibat penyakit Leukimia,payah buat Asyura untuk menerima hakikat pemergiaannya.Asyura menjadi seorang yang pendiam dan setiap hari yang ditempohinya tanpa Arwah Marina berubah menjadi hambar.Aidil terlalu bimbang mengenangkan keadaan tunangnya yang berubah murung dan sering bersedih sejak pemergiaan Arwah Marina.Sehinggakan Aidil tidak mampu menumpukan perhatiannya pada tugas-tugas pejabatnya. Fikirannya sering memikirkan keadaan tunangnya.

 Yang tambah buat Aidil berserabut.Majlis perkahwinan mereka juga hampir dekat,tetapi Asyura sudah tidak mempedulikan segala hal lain hanya bermurungan tanpa membuat apa-apa persediaan majlis itu. Mujurlah ada Natasha serta Yusri yang menguruskan semuanya.Jika tidak tentu Aidil akan jadi lebih bengang.Semua sahabat Aidil juga turut tumpang prihatin pada keadaan Asyura. Untuk memberi penghormatan buat pemergiaan Marina,Asyura menundakan majlis perkahwinannya.Asyura kini senasib dengan Zulaika,tunang Andy,teman karib Aidil.Mereka sebenarnya sudah bercadang akan mengadakan majlis perkahwinan mereka serentak menyertakan tiga pasang mempelai.Andy dengan Zulaika,Natasha dengan Yusri serta Aidil dan Asyura. Tetapi apakan daya. Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah Hu Robbi yang menentukan semuanya.Di ambang bahagia,tiba-tiba musibah datang bertandang dengan tanpa diduga.     

 Biografi Ishardy 

(Seorang Mantan Pengurus Kelab Malam Yg Paling Termashyor Di Kota Singa)   

Andy tidak memperdulikan lagi tentang persoalan Lisa,mantan isterinya.Tetapi yang merungsingkan fikirannya adalah nasib anaknya,Ryan.Andy memikirkan tentang masa depan anaknya yang kini dalam penjagaan Lisa di tanahairnya,di Filipina.Ryan tidak dibesarkan dalam adat melayu serta mengenal ajaran agama Islam.Andy merahsiakan identitinya yang sudah bergelar duda daripada pengetahuan Zulaika.Malah itu adalah perkara yang juga turut membelenggu Andy.Andy khuatir jika Zulaika tidak dapat menerima keadaan dirinya serta anaknya Ryan. 

Kisah hidupnya turut diketahui oleh Aidil dan Yusri,memandangkan mereka bertiga berteman akrab.Segala kisah hidup mereka masing-masing jelas ditempohi bersama.Kerana,setiap apa yang mereka lakukan tentu bertiga. Baik suka mahupun duka. Kisah hidup Andy bermula lima tahun lalu.Ketika itu mereka bertiga setiap malam bergadang di kelab-kelab malam bermabukan dan bergonta-ganti wanita. Disaat itulah Andy mengenali mantan isterinya. Perkahwinan antara Andy dengan Lisa disahkan oleh pihak pemerintahan Singapura,kerana mereka mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Pernikahan Sivil. Pernikahan Sivil adalah satu prosedur pernikahan dimana mempelai boleh berlatar belakang daripada agama yang berbeza. Jelas kerana itulah sebabnya yang membuat Lisa menjebak Andy. Lisa memaksa Andy menikahinya kerana mahukan kerakyatan Singapura supaya bebas buatnya untuk berulang-alik dari negerinya ke sini.Dan Lisa juga mempunyai motif mahu mengaup kekayaan Andy.

 Semua ini tidak Andy sedari pada saat masih asyik dilamun cinta,akibat terlena dek godaan Lisa yg memiliki paras rupa yg amat jelita & tubuh badan yg seksi bak artist Hollywood.Selepas bernikah dengannya,perlahan-lahan barulah andy sedar niat jahat mantan isterinya itu.Lalu kemudian Andy menceraikannya dihadapan mahkamah Sivil dan Lisa menuntut hak penjagaan anak,uang tuntutan nafkahnya selama menjanda dan segala harta hak milik Andy.Andy memberikan segala yang Lisa mahukan dan termasuklah anaknya.Dengan alasan,Andy sudah tidak mahu diganggu lagi oleh Lisa. Akibat di rasuk oleh api amarah.Disaat itu,Andy tidak memikirkan tentang nasib anaknya. Maklum saja pada masa itupun,Andy masih muda dan baru berusia 21tahun. Fikirannya masih belum matang pada masa itu.Tembelang Lisa pecah selepas seorang temannya  memberitahu Yusri tentang niat jahatnya terhadap Andy.

Yusri tidak tergamak membiarkan Andy terus menjadi alat kepentingan Lisa semata-mata.Yusri mengajak Andy bersemuka  menyampaikan berita itu pada Andy.Putaran Pita Rakaman di mindanya mula memainkan kisah yg lalu:Dalam perbualannya pada waktu itu: “Andy...!Aku ada hal hendak aku sampaikan pada kau...,” Terang Yusri pada Andy dengan nadah bengkeng.“Serius bunyinya...?!...Apa halnya Bro...? Andy masih tetap santai meskipun Yusri sudah ketara marahnya.      “ Ini soal Lisa...! Maafkan aku jika kau rasa aku hendak masuk campur dalam soal rumahtangga kau....,” Jawab Yusri.Yusri cuba menenangkan kemarahannya.Andy masih kurang jelas pada penyataan Yusri dan mengapa keadaan temannya itu  sangat marah. Andy  tambah bertanya: “ Lisa...?!...Cakaplah Bro....,”Tanya andy dalam kegairahan untuk mengetahui hal itu. Dalam penuh keterpaksaan,Yusri membuka  rahsia yang selama ini mengabur mata Andy.“Lisa bukanlah wanita yang baik seperti yang kau sangkakan..! Aku rasa bersalah jika aku terus merahsiakan hal ini....dari kau,Dy?!”Jelas Yusri. Andy  jadi semangkin kekeliruan. 

Andy jadi bersemarak untuk mengambiltahu mengapa.“Apa kau cakap ni Bro....?! Boleh kau cakap straight to the point.....?” Andy bertambah keliru.   Yusri menyalakan sebatang rokok lalu dihisapnya untuk menenangkan keadaannya yang disaat itu sedang membara didadanya. Lantas Yusri pun meneruskan berbicara pada Andy.“Lisa mahu mempergunakan kau untuk menjadikan kau penjamin bagi mendapatkan kerakyatan di sini....!Dan ada lagi yang kau tidak tahu....,Lisa hendak menguasai seluruh harta kau Andy.....!!!! Sudahlah!....Sakit hati aku hendak teruskan menceritakan hal ni pada kau...”Serta merta kata-kata Yusri terhenti.Andy meletakkan tangannya di bahu Yusri lalu berkata: “ Betul ke apa yang kau cakap ni Bro....?!Tapi....,Mengapa aku boleh bodoh diperdayakan oleh Lisa,....?!Jelas Andy yang pada tika itu sudah bercelaru fikirannya.Sebak mula menular didadanya api amarah mula menyala membahangkan hatinya. 

Yusri merenung mata Andy dan meluahkan ketidak puasan hatinya pada perbuatan Lisa.“ Itulah!...,Kerana nafsu....!!Kau jadi lupa diri...!Lisa menggoda kau sampaikan dia sanggup menyerahkan badannya pada kau...,demi untuk memperdayakan kau.....!!!Kerana itu.....,Kau jadi buta!!!!....Buta mata dan buta hati...!!!buta segala-galanya....!!Andy...?! Sedarlah....,Lisa bukan jenis wanita yang sesuai dijadikan isteri!!!....,Maafkan aku!...,Tidak sepatutnya aku bercakap seperti ini...,tetapi....,apa yang kau lalui selama ini dengan dia sudah cukup menyakitkan hati aku....Dy?..Kau teman aku...,Cubit peha kiri peha kanan terasa Dy..?!” Yusri meluahkan rasa simpatinya pada nasib temanya itu.      Andy tergamam dalam serba membatu.Mulutnya tertutup rapat.Lidah kelu untuk berkata.Bisu seketika setelah mendengarkan pengakuan Yusri tentang kisah licik Lisa.          

  ASTAGHFIRULLALLAH AL AZHIM........YA ALLAH AMPUNKAN AKU......!!!!!!!        

Lamunannya terhenti.Rupanya Andy sedang tertidur dan semua itu adalah mimpi.Persoalan yang sedang membuntukan fikirannya telah terbawa-bawa sampai ke dalam tidurnya. Andy beristighfar panjang sebaik saja terjaga. Bayangan Lisa menghantui seluruh  ruang fikirannya. Didalam hati Andy dinaungi Zulaika.Tetapi akal dan fikiranya dikuasai oleh bayangan Lisa....Cinta Silamnya.“Aku harus secepatnya menikahi Eka....! Sebelum sesuatu yang buruk berlaku....Perkara ini aku harus bincangkan dengan Yusri dan Aidil......,” Andy berkata sendiri dalam hati. Sejenak itu. Andy bangkit dari katilnya dan terus tuju ke kamar mandi.Jam didinding sudah menunujukkan pukul 6.30pagi.Sudah masanya untuk Andy pergi ke pejabat.Sebelum keluar kerja,Andy sempat memberi dirinya ruang untuk mengerjakan solat Subuh. Siap lengkap berpakaian kemas,Andy mulakan ibadatnya. Sebaik selesai.Di akhir solatnya,Andy bersimpuh diatas sejadah memanjatkan doa ke hadrat Allah: 

Dalam perasaan penuh sayu dan syahdu,Andy berdoa: “Ya Allah....,Ya Hayun Ya Qayum.....,Rahmatilah diri ku dan rahmatilah juga anakku Ryan dengan taufiq dan hidayahmu....Limpahkanlah pada kami kesejahteraan,keselamatan dan kesihatan dalam menempuh hari-hari ku yang mendatang.....,Ya Allah...,Ampunilah aku dari dosa-dosa silamku....Sucikan lah hatiku dari noda-noda hitam laluku.....demi ku mengharap keredohan dan keihsananmu....Agar aku mampu menebus dosaku....Amin....” Andy mengakhiri solatnya dengan rasa penuh keinsafan.

Sepanjang perjalanannya  memandu ke pejabatnya,Andy memantau jalan tetapi fikirannya masih bercelaru mengimbasi mimpinya malam tadi yang telah mengembalikan ingatannya pada peristiwa silam hitam sewaktu bersama Lisa. Sesungguhnya tiada siapa yang menginginkan perpisahan mahupun perceraian dalam perkahwinan mereka.Perpisahan adalah suatu kejadian yang amat menyakitkan dan memeritkan.Bukanlah ia sesuatu yang mudah dan remeh terutama sekali  apabila sudah berkorban seluruh jiwa dan raga.Walaupun perpisahan itu satu kejadian yang pahit untuk diterima kenyataannya,masih ada individu yang memandang hal ini satu perkara remeh dan mudah berganti-ganti teman hidup.Kehadiran Zulaika dalam hidup Andy telah mampu menguatkan semangatnya kembali untuk sekali lagi mengapai harapan baru.Andy sungguh bersyukur kerana mengenali Zulaika.Malah,Andy sangat memujanya kerana ketulusan serta kemurnian cinta di hati Zulaika.Dari itu Andy tidak ingin menghianati cinta sejatinya dengan terus berahsia padanya tentang identitinya yang sebenarnya.“ Zulaika ku sayang.....,akan aku membahagiakanmu selagi nyawa ku di kandung badan.......” Andy menerawang jauh di kotak mindanya. Rindunya pada gadis tercinta semangkin berluap-luap dihatinya.Cinta antara dua benua memang amat payah untuk saling melepaskan rindu.Terpisah antara Selat Melaka begitulah kisah cinta antara Andy dengan kekasih barunya Zulaika gadis Riau

.......................................................................................................................

BIOGRAFI NATASHA(Seorang Mantan Pramuria)

 "Ibu....Maafkan Ayah kerana kenyataan yg akan Ayah beritahu kepada Ibu.Ibu sayang,didalam sepanjang hidup Ayah.Wanita yg selama ini Ayah cari adalah ciri-ciri yg ada pada diri Ibu.Tidak Ayah nafikan,memang Ayah amat menyayangi diri Ibu.Ingin sangat Ayah menghabiskan sisa-sisa hidup Ayah hingga ke akhirnya bersama Ibu.Tetapi satu hal yg Ibu harus sedari.Kisah kasih kita tidak dapat diteruskan.Berat sangat hati Ayah untuk meluahkannya.Bagaimana terlukanya hati Ibu menghadapi kenyataan luahan Ayah ini,hati Ayah lebih dari itu.Ia remuk sama sekali dengan tidak terkata sakitnya setiapkali Ayah menatap wajah Ibu dan mengetahui kenyataan,wanita yg Ayah sayangi ini akan Ayah tinggalkan untuk selamanya.Ribuan maaf Ayah hulurkan pada Ibu kerana telah dari awal memikat hati Ibu,bermain asmara bersama Ibu,Bermanja dengan Ibu dan setelah Ibu menyerahkan kepada Ayah harapan,ia Ayah hampakan.Ayah pernah katakan pada Ibu bahawa walau apapun terjadi antara kita,Ayah tidak akan pernah lupakan Ibu dan Ayah tetap mahu Ibu seperti yg disamping Ayah.Berjanjilah sayang.Ibu jangan kembali ke jalan yg silam itu.Ayah takkan rela jika itu terjadi kerana Ayah sayang sangat dengan Ibu.Dan Ayah tk sanggup melihat orang yg Ayah sayang di jalan kehancuran.Memang jika suratan takdir tidak mengizinkan agar Ibu menjadi milik Ayah.Meskipun Ibu berasa Ayah mempersendakan perasaan Ibu.Tetapi yakinlah sayang.Ayah tetap mengambil berat tentang Ibu,dan Ayah mahu hidup Ibu lebih bahagia dibandingkan bersama Ayah.Keputusan Ayah untuk meninggalkan Ibu bukanlah kerana Ayah benci kepada Ibu,Tetapi adalah kerana Ayah tidak rela menghancurkan hati Fauziah yg telah terdahulu menaungi hati Ayah.Dia lebih memerlukan Ayah kerana dia masih terlalu muda dan masa depannya masih jauh.Dibandingkan dengan Ibu yg sudah lebih dewasa & matang dalam kehidupan.Sekali lagi Ayah mohon maaf."

Titisan demi titisan airmatanya telah bertaburan membasahi pipinya yg gebu & mulus.Matanya yg sayu semankin merah dek menahan kesedihannya disaat membaca warkah yg ditangannya.Warkah yg tidak pernah di harapkan & jauh sekali tidak disangka-sangka.Dihujung bacaan warkah yg kini sudah runyuk digenggamannya,telipon bimbitnya berbunyi.Tercatit di skrin LCD Telipon bimbitnya nama itu.Nama orang yg baru saja memberinya warkah yg masih didalam genggamannya itu.Panggilan sudah di jawab tetapi lidahnya kelu berbicara.

Hanya sekadar mendengarkan suara si pemanggil tadi."Hello...Ibu?...Bu???Kenape senyap ni...???Ibu dimana ni sekarang..??ibu please lah sayang jangan macam gini dengan Ayah...."Cemas,runsing & serba gelisah dihatinya.Berbagai bagai perasaan bercampur aduk tidak terkata.Nak di susur keberadaannya keadaan tidak mengizinkan.Tuhan sajalah yg tahu bagaimana bimbangnya perasaan Azman disaat itu.Gadis pujaan hatinya sedang tidak dia tahu dimana keberadaannya.Hendak ke tempatnya,tunangnya pula sedang menanti kedatangannya.Azman terbelenggu dek dilema yg dia sendiri reka dan kini ia menjadi bebanan fikiran buatnya.Ingin di buang sayang.Jika di ambil bagaimana pula yg terdahulu sebelumnya.Tidak mungkin hati itu dia sanggup hancurkan demi kerana untuk memburu gadis pujaannya tadi.Telipon bimbit tadi masih di kuping telinganya menantikan yg di hujung talian tadi bersuara.Sebak terlalu menebal dihatinya hingga sukar untuk bersuara.Namun dalam keterpaksaan suaranya mula kedengaran dalam nadah sayu & pilu.

Nafas ditarik dalam-dalam untuk meredakan kehibaannya lantas dia bersuara."Yah..Ibu dah sampai tapi belum naik rumah lagi..Ayah dimana tu sayang?"Gundahnya disembunyikan demi untuk menenangkan hati kekasihnya yg sedang kerisauan tadi."Jangan bohong!Ibu dengan siapa sekarang jawab!?..."Suara Azman sedikit menengking.Tetiba api amarah menyambarnya.Curiga mula menghantui fikirannya yg tadi lagi bercelaru.Berbagai bagai gambaran yg tidak tidak bermain di kotak minda."Kalau betul ibu dah sampai kenape tak naik rumah terus??Buat pe lagi di bawah tu??"Azman Menebak lagi."Ayah kenape ni marah-marah?Ibu betul masih di bawah kolong rumah ni...Lagi duduk...baca surat ayah tadi...Lupa??Kenape Ayah selalu menuduh Ibu yg bukan-bukan?Ibu jujur salah..Ibu berrahsia lagi lah salah...Abis Ayah nak Ibu macam mana ni??Ayah yg minta untuk putuskan hubungan kita kan?!So now what more u want??"Natasha mula membengkeng.

Bingung dengan sikap Azman yg sering menuduh dan cemburu dengan tidak menentu."Wah Senang!! Dah adalah ni jantan yg tunggu ...Kan??!!Sebab tu senang-senang je u want to end our relationship...RIGHT!!"Amarahnya makin membara.."Telahpun Ibu katakan pada Ayah.Walau apapun yg berlaku ia tidak akan pernah memudarkan cinta Ibu pada Ayah.Terserahlah apapun tuduhan Ayah terhadap Ibu.Tetapi yg jelas Ayahlah cinta terakhir Ibu dan sampai ke akhir hayat,cinta itu takkan padam.Ibu tidak akan kembali seperti dulu.Itu janji Ibu pada Ayah.Jangan risau.Apa yg Ibu mahu adalah Ayah jagalah Fau baik-baik dan teruskanlah hajat kamu berdua untuk bernikah.Semoga Bahagia Sayangku.

"Dalam tenang Natasha berbicara dangan Azman.Namun disebaliknya.Dadanya sakit yg teramat sangat kerana menahan tangisannya di sepanjang perbualannya tadi.Natasha tidak mahu Azman terdengarkan tangisannya kerana itulah kelemahan Azman.Untuk tidak menambahkan kebimbangan Azman,Natasha menanam dalam-dalam segala kesedihannya.Tanpa mengucapkan Goodbye,Natasha mengakhiri perbualannya bersama Azman.Sebaik saja panggilan Azman di Reject,detik itu juga airmatanya bercurahan bak hujan yg berbendung di awan hitam di langit menanti untuk menimpa ke bumi.

"Kenape kau harus menangis!!Ini yg kau mahukan kau harus terima akibatnya...Bodoh ke aku menghambakan diri pada cinta yg tidak jelas ini?Kejamkah aku kerana telah menjadi duri dalam daging terhadap Fau?Kau menangisi lelaki yg akan jadi suami orang tk lama lagi sedangkan tunang kau sendiri kau tidak perdulikan.Bagaimanakah perasaannya pula kalau dia tahu bahawa tunangnya ini sedang bermain cinta dengan lelaki lain??Ya Allah!!Apa yg telah aku lakukan???Mengapa kau temukan aku dengannya?Dan mengapa kau hadirkan rasa cinta ini terhadapnya..."Dalam kehibaan,batinnya berbicara.

Detik itu juga wajah Fauziah terpancar di mindanya.Tunang Azman yg merupakan sahabat karibnya yg dianggap seperti adiknya sendiri.Bagai ditampar oleh rasa berdosa dan bersalah.Begitulah Natasha disaat itu.Begitulah yg selalu ditempoh oleh Natasha.Melayani kerenah kekasihnya Azman yg mempunyai karektor yg Unik.Kekadang dia lembut.Kekadang dia kasar dan paling memburukkan keadaan adalah sikap Over protectivenya terlalu terbawa bawa sehingga dia tidak mampu mengawalnya.Tidak dinafikan sememangnya cemburu itu tandanya sayang.Tetapi jika cemburu yg tidak tepat pada keadaan dan serkap jarang tidak tentu pasal,itulah yg selalu menimbulkan perselisihan faham serta pertengkaran diantaranya dengan Natasha.Bukan saja dengan Natasha,malah sikap itu terbawa bawa hingga bersama tunangnya Fauziah.

NUKILAN: QESH SAYURI RASHID

SRIKANDI CINTAKU

Teman2 & Keluarga Ku Semua:Tahu Kah Anda Bahawa Pahlawan2 Unggul Dari Zaman Dahulu Bukan Saja Kaum Lelaki.Tetapi Rmai Juga Kaum Wanita.Mereka Pahlawan2 Yg Hebat2.Kalau Tk Kenal Biar Saya Kenalkan: Yg Awal Hawa Ibu Bagi Seluruh Umat.Meneroka Merentasi Onak Dan Duri Mencari Suaminya Nabi Allah Adam Setelah Mereka Dilontarkan Kebumi Daripada Syurga & Terpisah Selama 1000 Thn.Bayangkan>>>Disaat Itu Belum Ada Mahluk Yg Bernama Manusia Selain Hanya Mereka Saja Berdua.Sudah Tentu Keadaannya Amat Perit & Menakutkan.2)Saiyidatinah Fatimah Anak Rasullullah Mengikut Ayahnya & Suaminya Saiyidina Ali RA Berperang Tetapi Beliau Tidak Mengangkat Senjata Utk Turut Perang.Fatimah Menjadi Jururawat Membantu Mengubati Askar2 Yg Cedera Dalam Pertempuran & Fatimah Jugalah Yg Merawat Rasullulah Sewaktu Sakitnya SehinggaLah Rasullulah Menutup Mata(Wafat).3)Nama2 Lain Yg Hebat2 & Sejarah Perjuangan Mereka Yg Berbeza2 Adalah,Mashita,Nadzirah,Nabilla,Rabiatul Adawiyah & Ramai Lagi.Nama2 Ini Banyak Berjasa Pd Sejarah Islam Yg Awal Di Saat Jahiliyah Menegakkan Ajaran Islam Sehingga Rela Mengorbankan Nyawa Mereka Sebagai Ganti.Syahid Mereka Diangkat Dan Martabat Mereka Allah Tabalkan Sebagai Wali Allah Yg Unggul.Mahu Tahu Cerita Mereka Silakan Cari & Ambil Tahu.Setelah Masa Bertukar Zaman Kenabian Berlalu Datang Pula Zaman Pahlawan Malaya.Setanding Dengan Hang Tuah,Hang Jebat & Pahlawan2 Lelaki Yg Lain.Tetap Ada Juga Pahlawan Wanita>>>4)Tun Fatimah,5)Siti Zubaidah(Ada Yg Memanggilnya Puteri Hang Li Poh) 6) Raden Mas & 7)Masuri.Kehebatan Mereka Boleh Bertempur Dengan Menggunakan Senjata.Ketulusan Mereka Dalam Menegakkan Keadillan & Kesejahteraan Mendapat Kurnia Dari Allah Sehingga Mereka Diberikan Kuasa Yg Luar Biasa.Bukan Saja Tangkas Bersenjata,Tetapi Lidah Mereka Juga Berbisa.Satu Sumpahan Yg Disebut Hancur.Langkawi Jadi Padang Jarak Padang Terkukur,Di Tanah Malaya Perigi Disumpah Airnya Bertukar Menjadi Racun & Manusia Di Sumpah Boleh Bertukar Menjadi Batu,Bukit Gunung & Macam lagi.Semuanya Kuasa Allah Melalui Sumpahan Pahlawan2 Wanita Ini.>>>Tetapi Zaman Sekarang Selepas Millenium2000...Wanita Juga Hebat2.Mereka Tidak Berperang Angkat Senjata Lagi,Tapi Mereka Berjuang Setanding Dengan Lelaki Demi Untuk Keluarga.Bekerja Mendapat Tempat Yg Hebat2.Hakim Besar(Chief Justice),Proff,Architecs,Aviation Engineer,Air Force Pilot,High Comissioner & Mcm2 Lagi Pangkat.Tapi Sayang Seribukali Sayang....Jawatan2 Pahlawan2 Ini Tak Byk Yg Disandang Yg Bernama Ada Bin & Binte Lagi.Sebaliknya Wanita Jadi Pahlawan Yg Lain>>Perang Sana Sini,Pecah Kepala Org,Cucuk Org & Tipu Harta Benda Org>>>Nauzubillah....Jauhkan Dari Kita. SEDIH SANGAT2>>>>WHY??Kenapa Biarkan Martabat Kepahlawanan Yg Sejak Dulu Nenek Moyang Kita Jaga Pupus & Jatuh Ke Tangan Kaum Seteru Kita Yg Lainnya Di Kota Singa Ni?Org Dulu Perang Sebab Hendakkan Keadillan,Pertahankan Tanah Tumpah Darah Mereka & Maruah Bangsa.Tapi Kenapa Org Sekarang PERANG Menjatuhkan Maruah Bangsa & Diri Sendiri????SOOO SAD!!(Akhir Kata Dari Saya:Harap Maaf Kalau Ada Mana2 Pihak Tersinggung.Saya Hanya Berkongsi Artikel Ni Sebagai Tauladan Bukan Utk Mengaibkan Mana2 Pihak.Saya Sedar Ini Cerita Sensitif.Tetapi Bukankah Lebih Baik Bersensitif Soal Hak Nama Baik Bangsa MIM Kita Daripada Bersensitif Demi Kerana EGO)Waasalam & Selamat Bersantai Di Hujung Minggu. PEACE YO!!

NUKILAN:QESH SAYURI RASHID

TANGISAN HATIKU

Salam Sayang Buat Semua:Setiap hari ku selalu berdoa & bermohon pd Illahi,Moga kebahagiaan Kekal Bersama ku.Namun,apalah daya ku diatas segala kudrat & iradatnya.Ku sedar sesungguhnya aku Rapuh meski ku coba tampil kuat & tabah selalu.Musibah demi Musibah datang di saat aku asyik mengalun kebahagiaan bersama suamiku.Tapi ketahui lah teman2 ku.Kami Tidak Akan Putus Asa.Meski Rebah kami yakin kami akan bangkit semula dengan sepenuh kekuatan yg Allah anugerahkan buat kami.Meski ku sedih,tapi ku bersyukur dengan cobaan ini.Kerana inilah Tanda Kasihnya Buat Kami.Kerana Arwah Kakak ku Marina Pernah berkata padaku."Dik...Kita orang2 yg Jahil & Hina Ni Memang Banyak Cobaan & Dugaan.Kerana...Di dalam saat kejahilan kita,Kita coba membuat pembetulan kesilapan kita agar dapat keluar dari Kejahilan.Supaya kita jadi orang2 yg Berilmu & Menjadi Kekasih Allah....Sebaliknya,Bagi Orang2 Yg Soleh & Soleha Mereka Tidak Sedar..Sesungguhnya Bila2 Masa Saja Mereka Boleh Tergolong Dalam Orang2 Yg Melakukan Dosa Dalam Saat Suci Mereka Itu..Sabar Dik...Kau Orang yg Kuat.Kakak Percaya,Bukan Mudah Jatuhkan Kau.Walau Bagaimana Pun Keadaan,Kau Tetap Berdiri Lurus..Kau lah Adik Akak Yg Paling Kakak Sayang  Satu Masa Nanti Kalau Kakak Dah Tiada...Jaga Diri Kau Baik2,Sebab Banyak Orang Tak Suka Dengan Kau.Dan Orang2 Itu,Adalah Orang2 Yg Pd Masa Sekarang Ni Selalu Tersenyum & Ketawa Dgn Kau....Tetapi Sebenarnya Mereka Lah Orang Yg Paling Benci Dengan Kau..Kau Tahu Kenapa Dik?Sebab dorang Tidak Ada Apa Yg Kau Ada...Yaitu...Ilmu Yakin"Kata- Kata Terakhir Arwah Kak Marina Di Saat BersamaKu Di Mahligai Indah@Beach Bar.Sewaktu itu Arwah Datang Bertemu DenganKu.Sebelum Arwah Jatuh Sakit.(Dan Pada Hari Ini setelah aku sendiri mengharungi kehidupan seterusnya,Kata-Kata Arwah Kakak Ku Itulah Yg Sering MenemaniKu & Menjadi Benteng Kukuh Agar Aku Tidak Putus Asa & Selalu Berhati2 Dalam Setiap Gerak GeriKu.)Al Fateha Buat Arwah Marina Bte Abdullah(Anak Tunggal Mami Lela) 

NUKILAN: QESH SAYURI RASHID

MANUSIA MANUSIA YG DENGKI PADA KU

"Duhai Tuhan Ku...Jika Kau Beri Ku Kuasa Untuk Mencipta Satu Mahluk Yg Bernama KEMISKINAN...Aku Akan Penggal Kepalanya Dengan Pedang Zul Fiqar Ku Agar Di Dunia Tidak Lagi Ada Yg Merana & Saling Berbalah Kerana Mahluk Yg Bernama KEMISKINAN Ini...."Dialog Rasullulah Dengan Allah:Kisah Ini DiSaat Selepas Tamatnya Perang Badar.Rasullullah Mendapat Khabar Dari Sahabatnya Saiyidina Omar Bahawa Ada Terdapat Satu Kaum Yg Telah Saling Bunuh Membunuh,Tikam Menikam & Berbalahan Hanya Kerana Keadaan Terlalu Miskin.Dua Kaum Ini Sedang Mahu Merebut Harta Kaum Yg Kaya.Berbagai Cara Yg Mereka Lakukan Hanya Kerana Untuk Mencari Uang Agar Dapat Makan & Segala Keperluan Mereka.Lantas Rasullullah Datang Menemui Kaum Ini Dan Inilah Dialognya.Maka Turunlah Firman Allah:"Takkan Aku Merubah Nasib Manusia,Selain Manusia Itu Sendiri Mengubah Nasibnya"....Lantas Ia Sambung:" Siapa Yg Tak Sabar Pada UjianKu,Tak Rela Pada KetentuanKu Dan Tak Redah Pada KeputusanKu...Maka!!Carilah Tuhan Selain AKU"Firman Allah Dalam Surah Al Ankabut.Lantas Rasullullah Menjawab Dan Menjelaskan Pada Kaum2 Tadi DiHadapan Seluruh Sahabat2Nya Saiyidina Omar RA & Saiyidina Ali RA:"SABARLAH..SABAR ITU BUKAN SEKADAR SETENGAH DARI IMAN.AKAN TETAPI,SABAR ITU BESAR KEMENANGANNYA DI SISI ALLAH,TAPI BUKAN DISISI MANUSIA..."(Moral Of This Story Is:Jelas Rasullullah Sejak Awal Lagi Sudah Tahu Hal Seperti Ini Pasti Akan Berlaku DiZaman Selepas Dia Wafat,Jadi Sebelum Dia Uzur Dan Lalu Wafat.Beliau Sudah Berpesan Sejak Awal Lagi.Anda Semua Lihat Lah Saja Di Zaman Sekarang.Kerana Uang & Harta Manusia Semua Seakan Sudah Menjadi Hamba Uang.Dan Kerana Kesempitan Manusia Juga Sanggup Menggambil Kesempatan Melalui Kesempitan.Dengan Niat Mahu Melepaskan Diri Dari Kesusahan.Sehinggakan Mahu Merebut Hak Orang Lain & Menganiayai Sesama Sendiri."OOOOH KESIANNN...."Dialog P Ramlee Dalam Cerita Madu TigaSelalunya Mengapa Ada Aja Orang Yg Kurang Senang Pd Apa Yg Kita Bikin?Tetapi Bila Kita Susah,Adakah Yg Mahu Mengambil Tahu Dan Membantu?Jadi Jika Tak Boleh Membantu...Tak Usah Nak Duk Sibuk Hal Orang.Jaga Diri Sendiri & Rumahtangga Sendiri.Aku Hormat Semua Orang Walau Bagaimana BURUK Pun DiriKu & PekerjaanKu.Aku Tidak Menyusahkan Sesiapa.Susah Senang Aku Tanggung Sendiri.Adakah Org Ambil Perduli??Hanya Orang2 Yg Tahu & Kenal Aku Saja Yg Tahu Apa Yg Aku Sekarang Sedang Rentasi.Biar Apapun Berlaku Aku SEDAR & WARAS Apa Yg Aku Buat.Kenapa Bila Part Orang Lain Aku Tk Pernah Nak Cerita AIB Sesiapa.Bagaimana Masa Lalu & Sekarangnya.Kenapa Bila PART Aku Khabar Cepat Saja Sampai Ke Telinga Puan PENGARAH?ADIL KE...?Bukan Sekali Sudah Byk Kali Aku Terkena.Untuk Pengetahuan AWAK2 YG SOK SUCI TU?Apa Yg Aku Bikin & Dengan Siapa Aku Berurusan ITU Aku Tanggung Sendiri.Tidak Ada Kena Mengena Dengan Sesiapa.JADI JAGA DIRI MASING2.Jangan Sampai Aku Hilang Sabar.Aku Muntahkan Semua Yg Tak Baik & Masa Lalu Korang Nanti Susah.Susah Bagi Aku & Susah Juga Bagi Korang.Dan Buat Yg Tidak Mahu Berurusan Dengan Aku.Ya Sudah>>Aku Pun Tak Kecil Hati & Tak Memaksa.Tapi Janganlah Menganiaya MENGADU Hal Sesuka Hati.Mahu Letak Pasir Di Periuk Nasi Aku Ke??Kalau Puan Pengarah Ambil Berat Hal Tu??Tak Ke Aku Dah Hilang Mata Pencarian??APA EHK MAKSUD BUAT CAMTU??Keliru Dok>>Aku Tak Kacau Orang Kenapa Aku Yg Selalu Kena?ADIL KE???

NUKILAN: QESH SAYURI RASHID