Sabtu, 20 September 2014

MAMA KU INGIN PULANG♥♥♥♥

Aku ingin kebahagiaan kekal bersamaku.Tapi aku selalu kecundang.
Adakah ini balasan padaku diatas segala dosaku?Aku juga seperti manusia lain yg mendambakan kebahagiaan dalam hidupnya.Namun sayang seribu kali sayang,kebahagiaan yg hadir buatku hanya sementara.Adakalanya aku berasa seakan kesabaranku sudah tiada dan ketabahanku makin goyah tidak seteguh dulu.
Ingin skali aku berteriak sekuat hati untuk ku luahkan segala kemarahanku.Mahu saja aku buangkan saja diriku di juram yg dalam agar tamat sudah riwayatku agar tiada lagi penderitaanku.
Ya allah ampunkan aku!!Bukan bermaksud aku hendak berputus asa pada qudratmu.Dan tidak aku berniat mahu berkeluh kesah pada takdirmu.Ku redah jika ini semua adalah tulisanmu dalam diari hidupku untuk aku jalaninya.Aku tidak berdaya lagi Ya Tuhan...Aku sedar bahawa ujianmu ini adalah yg diatas kemampuanku.Tapi rasanya kali ini aku kalah ya tuhan..Aku sudah tiada kekuatan lagi untuk aku memikulnya.
Jika ini adalah kiffarah darimu yg perlu aku bayar demi untuk membebaskan aku dari hutang2 dosaku..Ya Allah Aku Rela!!!Demi Kasihku Padamu Ya Robbi!!Aku Sanggup...Aku Ihklas menerimanya.
Tapi soalanku adalah...Sampai Bila Ya Tuhan harus aku membayarnya??
Adakah sampai nanti bila tiba masa aku kau jemput pulang...barulah aku akan bahagia dan bebas dari hukuman Kiffarah darimu ini???
ASTAGHFIRULLAH AL AHZIM!!!
Ya Kasihku...Ditika ini aku terlalu sakit skali.Hatiku bagai di toreh2 dengan pisau belati hingga robek2.Impian dan harapanku terhempas hingga berkecai tanpa meninggalkan cebisan apa2 lagi,untuk aku mengutipnya agar dicantum kembali.Pilu sepilu2nya naluri ini menangisi nasib diri ini yg tiada pernah putus dirundung duka.
Duka Ku Yg Tiada Penamatnya...Ya Allah Ampun Kan Aku!!!
Jemputlah Aku Pulang Segera Agar Aku Kekal Disisimu.Aku Lebih bahagia dipalu dan menerima azab siksaan kubur darimu diatas dosaku,Daripada aku harus menelan azab di atas muka bumi ini... :'-(
Memang belum cukup bekalan ku untuk kubawa bersama dalam perjalanan mengadapmu dialam barzah.Tapi itu hanya kau yg akan tentukan dan sambut kepulanganku.Dan ku yakin pada cintamu buatku.
P/S♥♥♥
Maafkan Aku Ya Sahabat2ku..
Maafkan Aku Ya Saudara2ku..
Ampunkan Aku Ya Ayah & Ibu..
Ampunkan Aku Ya Suamiku..
Ku Mohon Usah Tangisi Kepulanganku Nanti..
Jangan Diratapi Pemergianku..
Hadiahkanlah Saja Al Fateha  Buatku♥♥
Relakan Lah Aku Pulang.
Sudah Cukup Aku Terkilan Tika Memburu Bahagia,
Di Atas Dunia Yg Penuh Kesakitan Ini Buatku.
Kini Aku Mahukan Kebahagiaan Yg Ku Rindukan Itu..
Rindu Untuk Bersama Disamping Yg Maha Kuasa.
Kerana Ku Yakin Disitu lah Bahagia Yg Abadi♥♥

NUKILAN: QESH SAYURI RASHID

Selasa, 9 September 2014

CINTA KERANA ALLAH ATAU CINTA KERANA NAFSU

As Salam Sahabat Hatiku Semua♥♥♥
Apakah hakikat sebuah pernikahan?Pertemuan,perkenalan,lalu bercinta dan terus bernikah..Bukankah begitu senario nya yg logik?
Tapi  secara zahir dan batin adakah benar semua pernikahan atas dasar kerana jodoh mereka Allah yg tentukan atau mereka yg menentukan sendiri calon jodoh mereka?
Berape ramaikah yg benar2 mendirikan rumahtangga demi kerana Lillahi Taala?Atau sebaliknya kerana sahutan dan dorongan nafsu keinginan seseorang yg hatinya telah terpikat pada insan yg di inginkan..??
Subjek yg ku ingin ketengahkan adalah mengenai Bernikah Atas Dasar Nafsu Berahi Atau Kerana Allah Taala.Jika dipikir2kan.Tentu anda akan bekata dalam hati "Apa saja si pompuan ni merepek?cakap belit2 pusing2 macam orang mabuk."
Pernahkah anda terfikir seperti yg ku tanyakan?Tahukah anda membezakan sesebuah rumahtangga yg terbina,samaada mereka bercinta demi kerana cinta mereka pada Allah atau semata2 kerana mengejarkan insan pujaan hati supaya menjadi haknya bagi utk melampiaskan dorongan berahi mereka?
Tepuk Dada Tanya Selera dan jawapannya ada pada diri anda sendiri.
Oleh kerana topic ini agak sedikit sensitif maka jawapannya ku serahkan pada anda sendiri fikirkan dan tanya diri sendiri.
Kerana pada ku, pernikahan yg terbina atas dasar kerana allah taala dan ketaatan padanya akan berdiri teguh dengan bertiangkan keimanan serta berdindingkan kecintaan pada allah.
Sementara soal Pernikahan diatas dorongan Nafsu Berahi semata.Pasti perjalanan dalam rumahtangga itu juga segalanya dilaksanakan dengan mengunakan Nafsu saja.Yg Kerana itulah menjadikan penyebab sesebuah perceraiaan.Dimana Nafsu Sudah Berkemuncak mengatasi akal dan hati,sehingga dua element penting ini dlm diri manusia di kuasai sepenuhnya Dengan Nafsu.
Maka dari itu..Belum terlambat untuk anda perbaiki apa2 yg retak,rengang,longgah,goyang atau lopong dalam Mahligai Anda itu supaya ia kukuh dengan berteraskan Keimanan Dan Tawwadduk Pada Allah Azza Wa Jalla.
Waasalam
Selamat Malam
Harap Maaf Sahabat Hatiku Semua♥♥♥