Rabu, 18 Jun 2014

CINTA BANGKU SEKOLAH 2

CINTA BANGKU SEKOLAH 2
SWEET SIXTEEN.....♥
Memori disaat hati mula berjinak-jinak mencuba untuk mengenali istilah Cinta Monyet.Pada ketika itu aku tidak kenal apa arti sebenar perkataan Love atau lebih tepat lagi,Cinta.Biasalah.Lumrah anak seusia 14tahun.Itulah saat usia dimana jiwa sedang berkobar-kobar untuk mencari tahu dan membuat eksperimen setiap apa yg dilihat mata atau didengar dek telinga. Sebenarnya.Sewaktu aku di sekolah rendah,aku sudah pun mengalami satu perasaan yg hadir dari dalam naluriku.Tetapi dikala itu,perasaan dan jiwa ku belum tepat.Maklum saja,fikiran pun belum matang dan setiap apapun tindakanku hanya dengan sebab mahu bermain main saja. Sebaik saja aku menempuh usia Akhil Baglih,yaitu saat aku berumur 13tahun,muncul suatu rasa yg pelik dari hatiku yg paling dalam.Aku mengalami sejenis getaran yg datang dari hatiku jika aku tidak bertemu dengan seseorang.Tetapi,aku belum pasti apakah perasaan itu.Apabila mataku memandang orang yg membuat hatiku bergetar,muncul pula rasa ingin bersamanya berdua saja,dan tidak mahu ada kawan2 yg lain berserta.Maksudnya aku disini adalah.Apabila aku bersama dengan orang yg aku sukai itu,jika boleh aku mahu dia bersama denganku berjalan,belajar berdua,bersiar siar hanya kami saja. Itulah awal permulaan aku dihantui oleh perasaan yg dinamakan asmara. Setelah faham bahawa perasaan getaran dihatiku tadi itu ialah cinta,hadirlah pula rasa rindu.Ingin mendengar suaranya selalu.Mahu bertemu dia setiap hari dan fikiranku juga sudah berubah.Perasaan ku juga sudah semakin yakin pada setiap keputusan yg ingin aku lakukan.Lama kelamaan aku mula berjinak2 menerima pengalaman dimana percantuman sepasang hati yg saling bergetar dek getaran asmara. Alam cinta pertama ku sungguh lucu.Mengapa aku katakan ia lucu? Cinta pertamaku bersama Razif sangat lucu dan mencuit hati jika aku kenangkan.Kami sering merajuk apabila setiapkali salah satu diantara kami membuat sesuatu kerenah yg tidak disukai.Seperti contoh,jika apa kemahuan ku dia tidak beri.Atau,jika dia mengajak untuk bertemu tapi aku tidak datang atau aku datang lambat...(Maklum saja masih anak2 lagikan...?Hehehehhe) Selain kuat merajuk kami juga selalu bertengkar.Bertengkar bukan soal hal serius.Tapi bertengkar kerana hal hal yg remeh temeh.Razif kuat menyakat orangnya.Dia tahu bahawa aku tidak suka bergaul dengan perempuan.Tapi tetap dia akan mengajak aku ke aktiviti yg ada ramai perempuan.Seperti Majlis Ulang Tahun Kelahiran atau setakat lepak lepak di Taman Riadah beramai ramai dengan kawan kawan sekampungnya.Pada masa itu aku akan sengaja Buat Muka,tanda aku protes tindakannya.Dan aku tidak suka. Jadi,jika Razif mahu menyakatku dia akan buat aku marah.Sebab katanya,jika aku marah aku dah serupa seperti 'Mak Nenek' kuat mengomel dan meleteh.Aku akan bermasam muka macam anak kecil yg merajuk pada orang tuanya bila kemahuannya tidak diberi.Justeru,itulah yg paling Razif suka,kerana katanya saat aku sedang merajuk wajah dan gayaku sungguh comel(cute lah kononnya...hehehehe). Aku pula kalau mahu menyakat Razif aku akan sengaja datang lambat bila kami bertemu.Razif akan jadi marah semarahnya kerana dia tidak suka duduk atau berdiri lama lama disatu tempat.Apalagi kalau tempat itu ramai orang lalu lalang,palinglah akan membuat Razif rimas dan bingit.Sebaik saja aku sampai,perkataan pertama yg dia akan kata adalah. "Fuhhh...Jatuh jugak akhirnya,berjam jam tunggu buah gugur dari pokok.Sampai berpeluh peluh...sekarang baru dapat..?!" Sambil menyangkung ditepi jalan yg tidak beberapa jauh dari sekolah ku.Razif menyindirku sebaik aku terpacak di depan matanya. Itulah masa kami selalu bertemu.Waktu aku habis sekolah kami akan bersama kawan2nya Hadi dan Farouk pergi ke Balai Rakyat. Kalau Razif sudah dalam keadaan merajuk seperti itu,selalunya dia akan duduk jauh jauh dari ku.Relek satu korner sendiri dan tidak bercakap apa apa padaku.Selagi aku tidak pujuk selagi itulah dia akan membisu dan alihkan perhatiannya kelain."Aduh...Susah betullah ni Mat Jiwang sorang...Kalau dah merajuk buruk betul kalahkan aku ni yg perempuan.."Aku mengeluh dalam hati setiapkali jika jadi begitu.Itulah paling aku tidak suka soal perangainya. Kawan kawannya juga akan turut menyakat.Terutama sekali Farouk 'Black'.Farouk ialah kawannya satu sekolah,tetapi dia pelajar senior.Setiapkali jika Razif merajuk Farouk akan kata, "Eh Dol...Kau pe hal ni dengan Yan?Kau bawak dia datang jauh2 cukup masa kau relek one corner nak 'Step Cute' pulak..Merajuk lah ni?Eh..kau kalau nak merajuk merajuk macam ni...Kau gi jadi perempuan lah..Buruk Dol!!"Ejek Farouk pada Razif bila dia merajuk pada aku. "Adik Yan?Ni dah apa kena dengan ni mat jiwang satu ni...?!" Tanya Farouk pada aku dalam nadah serius tapi,kelihatan raut wajahnya,dia sedang menahan rasa gelihati hendak ketawa. "Dia merajuk sebab Yan tadi lambat lah abang Farouk...Dah cakap sorry pun masih macam ni..Tak nak cakap..Yan ajak berbual dia 'Buat Bodoh'..Boring je"Jawab ku dengan nadah bosan. Aku pun bangun dan mengalih posisi ku duduk di sebelah Hadi,daripada posisi tadi di sebelah Razif.Kononnya aku pun hendak pura pura merajuk lah tu. Sebaik saja punggungku kuletak dibangku batu sebelah Hadi,aku tersentak dengan tingkah Razif yg tiba-tiba membentak dan datang berdiri di depan mukaku. "Boring ehk?!..U tau tak?Berapa punya boring tunggu di tepi jalan macam tu?Dari berdiri..menyangkung...Penat menyangkung berdiri...!Orang lalu lalang tengokkan I..Dah macam budak selengeh..Panas terik pulak tu!!Hmm...!" Bentak Razif pada ku yg sambil berdiri mengadapku membelakangkan Farouk yg sebentar tadi berdiri sekarang sedang duduk dibangku bekas tempat duduknya Razif. Kelihatan Farouk yang pada masa ini dibelakang Razif sudah tidak boleh menahan lagi rasa Geli hati melihat keletah Razif yg sedang marah berkobar kobar.Yang membuat Farouk gelihati ialah ceritanya Razif.Dan gayanya yg menunjuk keadaanya tadi sewaktu menunggu ku. Secara sepontan Hadi mencelah kata kata Razif. "Apalah kau punya bodoh pergi tunggu dia ditepi jalan?Depan sekolah tu kan ada blok..?!Dah tau panas pergilah tunggu situ..kan dapat teduh daripada matahari..??Hai...Zif...Zif.." Ujar Hadi sambil mengeleng gelengkan kepalanya kerana kepelikkan dengan perangai Razif yang macam Anak Kecil Lantas Farouk pula serentak berkata. "Lain kali kau tak nak penat berdiri dan menyangkung tunggu si Adik Yan ditepi jalan tu..?!Kau bawak bangku adik kau si kecik dekat rumah tu buat duduk tunggu Adik Yan...atau kau sewa je meja payungnya Ah Pek jual suratkhabar depan Stesen MRT tu...sambil duduk ada payung lagi buat 'Take Cover'.." Farouk Menyakat Razif. Dalam perutku dah bergelodak rasa geli hati hanya menunggu untuk ketawa sepuas puasnya.Tapi oleh kerana mahu pura pura merajuk juga,terpaksalah aku tahan buat muka muram.Begitulah Farouk dan Hadi yang selalu kalau bercakap suka 'Loyar Buruk'.Kata kata mereka berdua kelakar habis.Mereka berdualah kawan kawan kami yang paling lucu dan kelakar. "Kau dua ekor pikir aku Badot sarkes ya...??Aku tengah marah kau berdua 'Loyar Buruk' bikin topic gelak ehk..?!"Jawab Razif Mengalih alih pandang ke arah kedua duanya Hadi dan Farouk. Aku pun menyelempang beg sekolahku ke badan,merapikan rambutku lantas ku bangun sambil serentak berkata. "Lain kali kalau tidak ihklas untuk jumpa...Tak payah langsung datang...Dah tu tak payah nak marah marah ni macam...Lambat pun i datang tau...?!I sanggup tipu ayah i untuk jumpa u...Dah gitu u buat perangai macam ni?...U boleh duduk sini merajuk lah sampai besok...Sampai tahun depan sekali pun takpe...I malas nak layan ok.?!"Aku pun jalan tinggalkan mereka semua terpaku membatu disitu kerana di sentap oleh kata kata ku yg tadi agak sikit membengkeng.Aku menuju terus ke Tempat Perhentian Bas,setibanya bas aku pun pulang. Sepanjang dalam perjalanan pulang,aku masih meluap luap dalam hati rasa marah.Gelihati pada keletah kawan kawan dua orang tadi tu sudah lenyap ditelan oleh kemarahan yg tiba tiba saja muncul.Sememangnya benar apa yang aku katakan dalam dialog ku dengan Razif tadi.Aku tidak mudah untuk dapat perluang melepak dengan kawan kawan selepas sekolah.Apa tah lagi hendak bersama Razif pergi berjalan jalan atau setakat bertemu buat sebentar.Aku terpaksa membuat helah atau mereka cerita pada ayah dan keluargaku barulah aku akan dapat buat begitu.Jika tidak jangan harap aku boleh jumpa Razif atau kawan2 lain yang tidak satu sekolah dengan aku. Wajarlah jika aku marah pada perangai Razif yang meragam tidak kena tempat itu tadi.Merajuklah kononnya?Merajuk tapi tidak pakai akal.Aku saja yang harus turuti katanya dan kemahuannya.Tapi bila dia pula buat aku merajuk,dia bikin buat tidak tahu saja.Selamba dan buat 'Act Blur'.Semakin aku marah makin dia bikin aku bingit. Razif sememangnya bukan dalam kategori lelaki yang romantis dan Hati Lembut.Hatinya keras,Sikapnya Mengada ngada dan adakala ego tidak mahu mengalah. Aku pun tidak boleh menyalahkannya kerana kami berdua pun belum cukup matang.Perasaan kami masih belum tepat dan akal belum sekata.Walaupun sering tidak sekata,kami berteman selama 2 tahun sejak tahun 1992 hingga 1994.Fuhhh...lama juga kan? Sebabnya yg buat kami lama berteman ialah kerana ayah kami kawan satu pasukan di Akademi Polis(Reservist Unit). Ayahnya Staff Sarjan Zainal adalah seniur ayahku semasa ayahku berpangkat Prebet.Awalnya ayah ku ketahuan kami berteman ialah ketika waktu Razif berkunjung ke rumah ku,Aidilfitri 1993.Dia disoal bermacam macam soalan oleh ayahku sehinggalah bila Razif ceritakan pada ayahku bahawa ayahnya ialah seorang Staff Sarjan Pencen.Lantas sedetik itu juga,Razif disuruh ayahku menelipon ayahnya.Kerana ayahku rindu sangat pada sahabat lamanya tu. Aku terpegun duduk perhatikan ayahku yg kegairahan(Over Excited). Sebaik saja ganggang telipon dihulurkan pada ayahku,salam diucapkan pada ayah Razif yang berada dihujung talian. "As salamualaikum Staff..?"Salam Disebut Oleh Ayahku Ayahku memicit butang Speaker set telipon lantas suara ayah Razif kedengaran.Tujuan ayahku buat begitu agar kami semua disitu dapat turut dengarkan perbualan mereka. "Waalaikumsalam..Siapa ni?"Suaranya yg besar dan agak garau sedikit menjawab lalu bertanya. "Police Academy BadgeTahun 1978 Prebet Rushdi Manaf..Staff ingat lagi?"Ayahku menjelaskan. "Hmmm...Di?Apa lah kau ni nak ber Staff Staff pulak dengan aku?!..bolehnya aku tak ingat kau?Prebet aku yg paling aku Favourite...Best Of The Best Buddy...Hei macam mana kau boleh dapat nombor telipon aku lah"Ujar Pakcik Zainal ayah Razif. Mata ayah ku pandang ke arah Razif lantas sambil berkata, "Anak anak kita ni dua berkawan rupanya Nal...Anak kau si Razif berkawan dengan Yan anak dara aku.Ni anak kau ada ni di rumah aku.."jelas ayahku.Sempat juga ayah melimpar pandang ke arah ku. Aku sudah semakin tidak kena gaya.Dalam hatiku berasa macam macam rasa ada.Takut,bimbang,risau,keliru,pelik..Semua itu bercampur aduk dalam hatiku bikin aku rengsa.Razif juga sudah mula kelihatan agak kalut sedikit sebaik mendapat tahu ayah kami berdua sebenarnya kawan lama.Hadi dan Farouk yang turut ada sama dirumahku,yg sedang asyik berkaraoke tiba tiba terhenti seketika.Mereka juga kelihatan seperti turut berasa pelik pada keadaan ayahku yg sebentar tadi tegang dan serius kini bertukar jadi candi dan ceria. Farouk bisik di telinga ku. "Adik..?Hmm..Aiyoo tak tau...Adik nak kena Kahwin Paksa lah nampak nya ni..."Usik Farouk Padaku. Aku yang sebentar tadi melihat ke arah ayah ku menoleh ke Farouk lantas berkata, "Aah...abang merepek je?!..14 tahun kahwin apa ke benda nya??..Jangan mengarut." Aku menepuk peha Farouk sebagai tanda gurau. "Bolehlah Dik..Dengan izin Wali boleh nikah lah..Pemerintahan tidak izinkan tapi MUIS dan ROMM beri izin..asalkan dua2 orang tua beri izin dan tanda tangan Surat Pengizinan.."Jelas Farouk kepadaku. Aku tidak fikir apa apa si Farouk ni pula yang berangan macam macam.("Hehehehe"aku ketawa dalam hati pada gelagat Farouk serta penjelasannya) "Ye ke abang?Mana lah Adik tahu soal ni semua..??Belum masa nya untuk Adik mengambil tahu.." Ujarku sambil memerhatikan Razif, yg pada masa ini sudah semakin tidak kena gaya.Dia kelihatan seperti orang yang ada buat kesalahan besar gitu.Lantas Hadi menepuk bahunya menyentakkan kekalutannya. "Oi Zif..?!Kau dah apa kena ni tiba tiba panik semacam..?Ooo...Takut kena kahwin paksa ehk??...Hehehehe" Hadi mentertawakan Razif. "Mana ada panik?...Aku ok je laa..Apa yg kau melalut sampai ke bab kahwin ehk..?!"Razif 'Act Cool' sebaik ditegur Hadi namun reaksi nya aku masih boleh agak bahawa dia masih kegelisahan. Aku masih ingat bahawa Razif pernah memberitahu aku,Orang Tuanya tidak suka dia ada 'Girlfriend' Mataair.Ayah dan ibunya Razif jauh lebih tegas dari ayahku.Malahan,Orang Tuanya Razif bukan saja tegas tapi warak serta alim.Razif datang dari keluarga yg kuat dengan disiplin serta didikan keislaman.Pergaulan bebas antara perempuan dengan lelaki yg bukan muhrim,memang ditegah sangat oleh ayah dan ibu Razif.Jadi nampak gaya,Razif risaukan soal itulah.Dia tidak tahu ayat apa untuk diatur supaya dapat menjawab soalan ayah nya nanti bila dirumah. "Aku bukan takut kena Kahwin Paksa..Aku tengah pikir apa ayat nak 'sembuh' depan muka Orang Tua aku tu nanti..Adoii...Pecah otak sekejap..?!"Jelas Razif Pada Hadi. "Apalah salahnya kau jujur saja bilang ayah kau tu..yg kau berkawan dengan Adik Yan...Susah sangat ke..?Tk kan lah kau jujur pun dia marah Zif..?Lainlah kalau dia dapat tangkap sendiri..Tu Lain Story bro..?!" Kata Hadi pada Razif lalu kemudian mencapai gelas dimeja untuk minum air yg aku hidangkan buat mereka. Kebetulan memang niat mereka ke rumahku untuk berkunjung sempena Aidilfitri,makanya ayah aku izinkan.Jika tidak ,jangan haraplah dapat buat begitu.Agak lama juga ayah ku berbual ditelipon dengan Pakcik Zainal ayah Razif.Dari berbual melalui speaker,sekarang beralih gunakan ganggang telipon semula. Setelah hampir satu jam berbual akhirnya tamat juga perbualan mereka. Seraya itu ayahku pun berkata. "Ni dah berhenti ke melalak?..Ayah tak dengar pun orang menyanyi lagi.." Tanya Ayah Ku pada aku. "Ayah kan tadi berbual ditelipon...jadi mereka pun berhentilah sebentar..Takut nanti terganggu pula perbualan ayah tadi..atau ayah kurang jelas dengar perbualannya Pakcik Zainal..." Jawab Aku Memberi Alasan. "Hmmm...ayah ingatkan tadi party dah habis dah..Ah Razif..Ni Pakcik nak cakap sikit ni dengan kau..Pakcik harap kamu jangan ambil kesempatan buat benda tidak elok pula...mentang mentang kamu tahu pakcik berkawan rapat dengan ayah kamu..Faham?!" Tegas Ayahku Pada Razif.Razif hanya mengangguk kepalanya sebagai tanda menurut kata nasihat ayahku tapi dia tidak cakap apa apa.Mulutnya seolah terkunci. "Dan satu lagi ni pakcik nak beritahu kamu...Jangan kamu berdua pikir bahawa pakcik membenarkan kamu berdua menjalinkan apa apa hubungan lebih dari setakat kawan...Faham Tidak..?!Ingat..kamu berdua masih pelajar..pakcik mahu Kamu berdua tumpukan pada pelajaran dulu..Kalau ada jodoh tidak kemana..Insha allah tentu kamu berdua akan disatukan..Ingat ni Yan Pesan Ayah?..U don't go over my boundary and limits ok..?!" AYAH TENUNG MATA KU. Lidah Ku Kelu Untuk menjawab. Wajah Razif pada saat ini sudah merah padam.Entah apa yang dia sedang rasakan pada masa itu aku tidak tahu.Tapi aku dapat mengagak perasaan Razif diketika itu.Bimbang,Ketidak pastian dan keliru. Maklum saja,kami berdua masih mentah lagi soal hal hal serius. Perhubungan kami ini juga masih belum jelas apakah status nya yang sebenar.Entah bercinta,entah berteman atau sekadar suka suka saja.Semua itu masih menjadi tanda tanya,hanya satu yang sudah jelas dan pasti.Kami sudah semakin rapat walau perasaan kami masih belum tepat.Ungkapan paling tepat ialah,Kami belum kenal apa itu makna 'In Love'(Bercinta),walau pada hakikatnya kami berdua sedang mengalaminya. Inilah pengalaman Cinta Pertama ku yg bermula dengan memori Cinta Monyet.Penuh dengan kenangan manis disamping kawan2 tersayang.Kawan2 yg semuanya lelaki hanya aku seorang saja perempuan.Tidak ada soal cemburu dan tidak ada timbul rasa mahu menghianati antara satu sama lain.Segalanya bahagia saja. Mereka menghormatiku sebagai kaum perempuan dan menganggapku sebagai adik mereka.Tidak pernah mereka melakukan hal hal yang biadap terhadapku.Begitu juga dengan antara ku dan Razif.Kami menjaga batasan kami dan kami tidak pernah sekali pun dalam selama 2 tahun,menodai kesucian martabat kami.Aku menjaga kehormatan ku sebagai Perawan dan dia menjaga pendiriannya serta Keterunaannya. Kami sedar,bahawa hubungan yang kami jalinkan itu satu hal yang haram dalam undang undang syariat islam.Walau belum cukup matang memahaminya,namun yg jelas,kami mempelajarinya dari didikan isi kandungan Al Quran.Maka kami wajib patuh pada suruhannya serta perintah Illahi. Apalah daya sebagai manusia yg lemah lagi kerdil,tiada aku berdaya atau upaya untuk menghalang hasutan kata naluriku.Kami tetap seperti remaja2 lain yang sedang asyik ber mataair,jalan berpimpinan tangan.Adakala dia mengucup pipiku atau sebaliknya aku,kala disaat menyenangi kebersamaan yang kami jalani itu.Akan tetapi,setakat sampai disitu sajalah keintiman kami.Tidak lebih dari itu.Kami masih sedar akan kenyataan bahawa kami masih bawah umur dan kami masih pelajar. Razif ialah salah satu lelaki yang paling tampan dalam senarai lelaki yang aku kenali yang berteman rapat dengan ku.Kulitnya cerah,perawakannya menyerupai pelakon hero filem Hindustan Amir Khan.Hidungnya mancung berkening lebat serta bola matanya berwarna Coklat gelap..Tubuh badannya sederhana dan ketinggiannya 1.86cm(Coba anda bayangkan ciri cirinya yang aku jelaskan.Hensem kan??Hehehhehhe)Maklum saja,darah keturunan Bangsa Peranakan India bercampur pula dengan ibunya yang Berbangsa Belanda.Hasilnya sudah pastilah sangat tampan dan cantik anak anaknya.Itulah Mohd Razif Zainal.Teman lelakiku yang juga sekaligus menjadi Cinta Pertama Ku diusia semuda 14 tahun.Razif tua dariku dua tahun kerana dia lahir tahun 1978.Pertemuan kami bermula dari di satu pesta Hari Jadi yang aku hadiri.Dan aku dikenalkan padanya oleh kawan sekolah ku Shida & Suzy. Disitu jugalah aku mengenali Hadi dan Farouk serta kawan kawan mereka yang lain seperti Sohanis,Sufiyan,Dean,Aan,Wan,Shahrin dan ramai lagilah nama nama mereka.(Ada yang aku sudah lupa nama mereka.)Shida merupakan Mataairnya Farouk dan manakala Suzy,salah satu kawan ku yang berbangsa India pula,adalah adik kepada Rajah yang juga kawan Razif dan abangnya. Pendekkan cerita tentang memori bersama Razif,hubungan yang kami jalinkan itu hanya bertahan selama 2 tahun saja.Kami putus(Break Off) pada pertengahan tahun 1994 angkara kerana ketidak matangan fikiran dan juga perasaan.Razif dalam senyap telah mempunyai 'Spare tyre'.Bukan satu tapi dua...Fuhhh. Hebat bukan?(Hehehheh).Aku mendapat tahu hal itu dari kawan kawannya yang melaporkannya padaku.Kerana mereka jujur pada ku dan berasa tindakan Razif menghianati aku itu salah.Aku tika itu masih lugu dan bodoh,mempercayai bahawa Razif cuma bersama aku saja.Dan aku tidak pernah menyangka seorang lelaki yang berpendidikan islam yang kuat serta disiplin yang ketat,boleh melakukan penghianatan yang seperti itu. Apalah hak aku untuk menghalangnya,sedangkan aku sedar,keadaan kami tika itu masih mentah.Maka jelaslah,setiap tindakan yang dibuat tidakkan pernah tepat dan betul.Aku pun mengalihkan perhatian ku ke arah yang lain.Aku tumpukan sepenuhnya pada pelajaran ku dan banyak menghabiskan masa bersama kawan kawan sekolah ku. Saat aku mengetahui bahawa aku di khianati Razif,aku hanya menerimanya sebagai satu pelajaran baru dalam pengalaman hidupku.Pengalaman pertama dalam alam Cinta Monyet.Jelaslah mengapa Orang Tua menamakannya Cinta Monyet.Kerana kelakuan itu serupa seperti Monyet yang suka bergayut dan bergantung dari satu pokok ke satu pokok yang lain.Lazimnya Monyet memang tidakkan kekal di satu pokok saja.Pasti ia akan berpindah randa di setiap pokok yang ada di hutan.Begitulah juga kesimpulan bagi anak remaja yang menjalani hubungan Cinta Monyet.Secara normal,mereka tidak pernah kekal dengan satu pasangan saja.Setiap bulan.Setiap tahun tentu bertukar tukar pasangan.Adakala,satu tahun bertukaran saja pasangannya.Kalau tahun sudah bagus,kadang kala dalam satu bulan bergonta ganti terus menerus.Atau lebih dahsyat lagi,seminggu sekali.(Hehehhehhe...memang betullah perangai tu serupa MONYET!!!...) Walaupun aku sudah putus hubungan dengan Razif,tapi kami masih berkawan kerana ayah kami dan juga kawan kawan yang lain.Namun,aku tika itu sudah tiada apa apa perasaan lagi padanya.Aku menanggap dia seperti kawanku yang lainnya.Dan perasaan ku mula hambar terhadapnya.Aku tidak marah pada Razif sama sekali.Aku menerima pengalaman itu sebagai satu pengajaran agar,jangan mudah mempercayai kata manis dan sikap tingkah seorang lelaki,yang kelihatan pada zahirnya baik saja.Tapi pada hakikatnya dia boleh membuat onar dalam senyap. Berakhir sudah tahun 1994,aku beralih arah bertukar kawan.Kawan kawan ku dari sekolah yang lain.Dan kawan kawan yang lebih dewasa dariku.Aku dikenalkan pada mereka oleh Shida.Kawan kawan Shida aktif dalam bidang seni.Seni Dikir Barat.Kebetulan aku juga minat dalam bidang seni Tarian Melayu dan Dikir barat.Kali ini pengalaman ku berbeza dari yg sebelumnya.Fikiran ku juga sudah berbeza kerana pengalaman bersama Razif dan kawan kawannya banyak mengajarku soal percampuran dengan berbagai jenis watak manusia.Oleh itu,aku sudah tiada ragu dalam memilih kawan kerana aku mula memahami pengertian dalam sebuah persahabatan dan perhubungan. Mohd Noor Haliz,lelaki kedua yang aku kenali secara rapat,selepas Razif.Tika ini aku mengharungi penghijrahan menuju destinasi ku dalam Alam Percintaan yg penuh dengan pengaruh perasaan. Masih lagi kisah Cinta Monyet.Tapi kali ini,ia sangat berbeza dengan pengalaman ku yang awal.Ia lebih membabitkan sepenuh penuhnya perasaanku yang sudah semakin matang.Jiwa dan naluriku juga sudah makin utuh tiada goyah lagi dalam membuat keputusan. Aku mengenalinya pada akhir tahun 1994 selepas beberapa bulan aku break off dengan Razif.Noor Haliz atau Izz,nama singkat yang aku selalu memanggilnya,beliau seorang lelaki yg berjiwa lembut.Romantis sudah pasti,kerana Izz sering memanjakan ku.Pertuturan bahasanya bila dia bercakap dengan aku tersusun rapi dan sangat sopan.Fikirannya juga jauh lebih matang dari Razif. Itu adalah kerana kawan kawannya semua berusia lebih dewasa darinya.Aku juga senang berkawan dengan mereka.Aku berasa aman setiapkali disamping Izz.Lama kelamaan,rasa sayang yg amat sangat muncul dalam jiwaku terhadapnya.Kali ini perasaan ku membabitkan adanya rasa sayang.Jujur ku katakan,itulah kali pertama aku mengenali arti perkataan yg sering diungkapkan yaitu LOVE(CINTA). Inilah benar benar pengalaman ku bercinta,dan ia telah merasuk sepenuh jiwaku.Tumpuanku sepenuhnya hanya padanya.Aku mengakui,ia turut menjejas konsentrasi ku terhadap pelajaranku.Aku dihanyutkan oleh perasaan yang mencengkam mindaku.Aku jadi semakin berani dan nekad terhadap apa saja kemahuanku atau perbuatanku.Perkenalan antara kami mula mesra hanya dalam sesingkat waktu.Kami berkawan selama sebulan lalu kemudian kemesraan antara kami semakin erat. Aku tidak percayai pada awalnya tika Izz menyuarakan hasrat hatinya untuk menjadikan aku sebagai kekasihnya. "Ayang ku sayang...izinkanlah abang memiliki hatimu agar abang dapat mengabadikannya didalam hati abang..?Mahukah Ayang menjadi kekasih Abang...?Kenapa Ayang membisu tidak menjawab pertanyaan abang?"Izz merayu ku sambil telapak tangannya menyingkap rambutku yang mengurai menyembunyikan wajahku tika aku berpaling memandang kearah lain.Sedetik itu, aku mengapai tangannya yang tadi menyingkap rambutku lantas mengenggamnya seraya berkata. "Betulkah apa yang abang kata..?Ayang tidak tersilap dengar ke...? Atau sekarang ni Ayang sedang bermimpi...?"Ketika itu sedang bersarang dihatiku rasa bahagia bercampur sayu.Air mata keharuan sedang bertinggik di sudut relung mataku,hanya menanti untuk menitis.Belum pernah aku mengalami perasaan seperti itu.Inilah peristiwa yg paling tidak dapat aku lupakan dalam adegan cinta antara aku dengan Izz.Bersaksikan pohon pohon menghijau di sekeliling kami serta sekumpulan burung pipit sedang bermain di pinggir batu batu kolam air taman yang indah itu.Inilah saat sepasang remaja yang sedang dilanda asmara mencurahkan perasaan dan hasrat yang terpendam dihati. Izz mengalih posisinya yang tadi duduk disamping ku.Kini dia bangun terus berlutut didepan ku(pose orang yang sedang mahu melamar gitu..) Sambil satu tangannya diletakkan dipangkuanku dan yang satu lagi mencuit daguku mendongakkan wajahku yang menunduk,lantas Izz berkata. "Azean...Sayang abang..,Abang berjanji pada Ayang setiap apa yang abang katakan tadi benar...dan abang mahukan kita berkekalan selamanya...sampai nanti bila kita dewasa...abang ingin kan Ayang menjadi suri dalam hidup Abang...Percaya lah Sayang.." Izz berkata dengan penuh perasaan,lalu mengucup lembut dahiku.Aku terpaku membisu dengan perasaan yang penuh keharuan.Airmata bahagia kini sudah menitis ke pipi.Aku sendiri hairan mengapa tiba tiba perasaan itu muncul. Remaja seusia 15tahun mengalami pengalaman ini,sudah pasti akan kehairanan seketika kerana belum pernah berdepan dengan situasi begitu.Apatah lagi mendengar kata kata rayuan seperti yang dilafazkan Izz.Memang ia satu keadaan yang sukar dibayangkan dengan kata kata.Inikah yang dinamakan asmara...?Sememangnya ia terlalu indah sekali. Hatiku tersentuh seketika setelah mendengarkan luahan hasrat Izz,tapi aku masih mempunyai rasa keraguan.Pengalaman tika bersama Razif telah mempengaruhi ku.Takut ia berulang lagi.Walau hati masih ragu,aku tetap menerima niat hati Izz dan aku serahkan hatiku padanya.Lalu kami pun sah bergelar kekasih sejak dari saat itu,pada awal tahun1995.Lama kelamaan kami semakin intim. Perasaan malu atau segan tika di khalayak ramai sudah lenyap.Aku menjadi semakin nekad.Mungkin pada masa itu akibat terlalu keasyikkan menerokai alam percintaanku,ia telah mengubah segalanya tentang diriku.Termasuklah tindakkan,tingkah laku juga pemikiranku.Aku sudah tidak sedar bahawa aku dan Izz masih lagi pelajar.Lama kelamaan perubahan ku telah disedari oleh Orang Tua ku.Ayahku mengawal pergerakkan ku semakin ketat dan tidak sesaat pun aku boleh lepas dari pemantuannya. Kerana terlalu menuruti kata hati dan kemahuanku,aku melanggar larangan ayah ku.Aku mula tidak memperdulikan nasihatnya.Aku main sembunyi sembunyi dari ayah ku supaya setiap perjumpaan ku dengan Izz tidak di ketahuai oleh ayah.Namun ternyata,aku kalah.Aku menyangka aku akan berjaya untuk membuat ayah ku terlepas pandang,tapi salah sama sekali. Berlakulah satu peristiwa yang aku tidakkan pernah lupakan buat seumur hidupku.Kejadian berlaku ketika aku sedang berada di rumah Izz.Pada masa itu hanya kami saja yang berada didalam rumah.Orang Tua Izz bekerja dan hanya akan pulang pada lewat petang.Tika itu kami baru saja pulang dari sekolah.Izz bercadang pulang sebentar untuk mengganti pakaian kerana selepas itu dia ada pertandingan Bola Sepak.Aku menemaninya pulang kerana aku juga mahu ikut sama.Sampainya aku dirumahnya,aku pun masuk ke kamarnya untuk menonton TV.Jadi Izz pun menanggalkan bajunya dan terus ke kamar mandi. "Tok Tok Tok!!!...."Bunyi pintu rumah Izz yg bertutup tadi diketuk oleh seseorang.Aku tersentak tapi tidak berani untuk membukanya kerana keberadaan ku disana tidak diketahui oleh sesiapa.Aku pun membiarkannya dan tidak lama pun,Izz yg hanya bertuala mandi dipinggangnya keluar dalam setengah tubuhnya masih basah. Aku menunjukkan reaksi ke Izz bahawa ada orang diluar rumah mengetuk pintu tadi.Dan aku menyuruhnya pergi lihat siapakah yang datang.Dada ku berdegup laju.Selaju kuda berlari.Dahiku mula berpeluh dalam hatiku berasa panik. "Azean...!!!Buka pintu ni...!Ayah tahu kau ada didalam...!" Suara Ayah ku yang memanggilku dengan nadah sangat bengkeng. "Ayah..?!Aduh...!Mati aku kali ni...Jahannam...!!!"Aku kekalutan sebaik mendengarkan suara orang diluar tadi.Rupanya ialah ayahku.Oleh kerana kelam kabut, Izz terus saja meluru ke pintu dan membuka pintu.Masih dengan bertuala dipinggangnya,Izz menyambut kedatangan ayahku. "Astaghfirullah al azhim...Apa yang engkau berdua sudah lakukan?!...Mana Azean anak aku..?"Ayah ku melihat keadaan Izz begitu lalu menyangka bahawa kami telah melakukan pengzinaan sebentar tadi. Izz menjawab dengan tenang dan suara yang sedikit pun tidak menunjukkan apa apa salah. "Bertenang pakcik...Jangan salah faham...,Saya tidak mengapa apakan Azean...Percayalah...Saya baru saja selesai mandi kerana hendak bersiap siap untuk ke pertandingan Bola Sepak nanti bersama Azean..."Jelas Izz dengan tenang dan pertuturan yang sopan pada ayah ku.Aku yang masih berada di dalam kamarnya sedang ketakutan dan tidak berani untuk menunjuk muka ke ayah ku yg diluar rumah. "Mana Azean...!Yan...kau keluar sekarang...Balik!!"Tengking ayah ku lantas terus berlalu pergi.Tanpa berkata apa apa pada Izz,Ayah beredar dengan hatinya penuh membuku rasa kemarahannya pada aku.Aku masih kehairanan sampai ke hari ini,bagaimana ayahku boleh tahu alamat rumah Izz?Boleh jadi ayah menjejak kami sejak dari sekolah hingga ke rumah Izz. Izz masuk ke kamar dan melihatku menangis duduk dipinggir katilnya.Lalu dia duduk depanku dan memujuk ku sambil berkata. "Ayang...?Sudah lah Tu...Sudah jangan nangis...Jangan takut ok..?!..apa pun terjadi abang tetap sayang ayang...dan kita hadapi apa pun yang bakal terjadi bersama..."Pujuk Izz meyakinkan aku. Masih menangis lagi.Aku sedang bayangkan apakah yang bakal terjadi nanti bila aku sampai dirumah. "Ayang sedang pikir...macam mana ayah boleh tahu rumah abang...?Sampai je rumah...Ni tentu Ayang kena pukul...Atau worst..Ayang tak boleh jumpa abang lagi...Macam mana..?!"Aku menangis makin terisak isak.Perasaan ku bercampur aduk ketika itu.Cuma yang mempengaruhi fikiran ialah,aku akan dimarahi dan dipukul oleh ayah.Lalu selepas itu sudah pasti aku tidakkan bebas.Dan aku tidak boleh bertemu Izz lagi. "Releks Sayang...Sekarang pergi cuci muka..segarkan wajah tu semula..kemudian abang hantar pulang..dah sudahlah jangan nangis..Hilang manis sayang abang ni kalau nangis.."Izz memujukku.Akupun mula sedar bahawa Izz sudah lambat untuk ke acaranya.Aku menyegarkan mukaku dan merapikan diri bersiap siap untuk dihantar pulang oleh Izz.Aku masih kekalutan.Fikiranku kebimbangan dan perasaanku ketakutan. Ketakutan untuk menghadapi kenyataan yang berkemungkinan akan menyebabkan adegan kisah cinta ku berakhir.Dan ketakutan menerima kesan diatas kedegilan ku melanggar larangan ayahku.Sehinggakan aku Tertangkap Basah oleh ayahku. Dilema ku pun berlaku diantara menuruti perintah Orang Tua dengan mempertahankan hubungan cinta ku bersama Izz.Aku terbelenggu dipertengahannya.Jika aku melanggar perintah ayahku dan teruskan hubungan itu,berarti pada masa yang sama aku telah mengecewakan ayahku.Harapan ayahku untuk aku menjadi anak yang taat pada perintah Orang Tuanya dan menjaga martabat keluarga.Ternyata aku telahpun menghempas harapan dan kepercayaan ayahku jadi berkecai dan tidak boleh dicantum kembali. Sepanjang perjalanan pulang sambil bertemankan Izz,Fikiran ku menerawang jauh memikirkannya. Sambil kepalaku bersandar melentok dibahu Izz aku berbisik ditelinga Izz,agar tidak kedengaran oleh penumpang lain yang bersebelahan dalam Pengangkutan Awam itu. "Abang..?Kalaulah ayah melarang kita untuk berjumpa....Dan kita dipaksa putuskan hubungan kita...Bagaimana..?"Bisik ku dalam nadah yg sendu.Mataku masih merah kesan dari tangisan ku.Izz merenung mata ku yang sayu itu lalu berkata, "Tidak ada siapapun yang akan memisahkan kita selain kuasa Illahi..Abang mahu Ayang pegang kata kata abang ni..Biar apapun terjadi..Cinta Abang pada Ayang tidak akan berubah..Dan Abang mahu Ayang yakin pada Abang.."Jelas Izz dengan tegas namun tetap lembut dan tersusun rapi kata katanya.Aku dapat melihat airmata sedang bertakung disudut matanya.Namun ia ditahan dari jatuh. Aku menggenggam telapak tangannya sambil berkata, "Dan jika takdir Illahi juga menetapkan kita berpisah..?Apakah kita tetap akan terpisah Abang...?"Aku menyuarakan ketidak pastian ku. "Tidak..!Kita tidak akan berpisah..Atau terpisah sama sekali...Walaupun jika takdir Illahi tetap akur memisahkan kita...Namun percayalah Sayang..Ayang tetap dalam hati Abang.."Lalu Izz merangkul ku kedalam pelukannya,seraya meyakinkan ketidak pastian ku. Saat itu senduku semakin menebal didada.Aku sudah tidak perdulikan orang lain yang disitu yang mungkin memperhatikan kami.Hanyut dibawa perasaan ku,aku membutakan pandangan ku dari melihat yang lain.Hanya yang ada dalam pandangan ku adalah Izz kekasihku serta dunia percintaanku. Disudut kotak fikiran madih terbayangkan ayah.Aku semakin cemas setibanya di kawasan perumahan ku.Menyeret langkah kaki ku yang melangkah dalam keterpaksaan,serasa seolah seperti Persalah di penjara yang bakal menerima hukuman gantung sampai mati.Begitulah keadaan ku disaat melangkah pulang.Kami masih jalan bergandingan tapi dada ku menyimpan seribu macam perasaan. Sampai saja di bawah kolong rumah pangsa, tempat tinggal ku,Izz melepaskan tanganku lalu sambil berkata. "Ayang ingat pesan abang..Jangan fikir yang bukan bukan ok sayang...Balik tenangkan fikiran dan dengarkan apa Ayah kata..Jangan lawan cakap dia..Faham Sayang..?Ingat tau..Abang sayang Ayang...Dan Nothing can break us apart... Believe Me.." Ujar Izz tambah meyakinkan aku untuk berdepan dengan Ayahku. "Ok Abang...Apapun yang terjadi..Tidakkan mampu merubah cinta kita..Itu janji Ayang pada Abang.."Aku menyuarakan kata hatiku. Kaki ku melangkah masuk ke dalam lift,tapi aku sempat menatap wajah Izz sebelum meneruskan langkah ku. Izz tidak mengikut naik ke rumah kerana harus bergegas ke acaranya yang tadi sudah terhambat oleh kejadian sebentar tadi dirumahnya. Setiba dihadapan rumah ku,sudah dapat dilihat dari luar pintu,ayah sedang duduk di meja makan membaca suratkhabar.Wajahnya tenang seperti biasa,tapi aku boleh mengagak,dalam hatinya masih membara kemarahannya.Adik adikku Angah dan Busu sedang menonton TV sementara nenekku sedang melipat sidaian yang sudah kering.Keadaan dirumah seperti biasa saja,masing masing dengan aktiviti biasanya.Ibuku tidak berada dirumah kerana sibuk menguruskan perniagaannya. Aku melangkah masuk ke dalam rumah,seperti biasa,aku akan terus ke kamar mandi untuk membasuh kaki sebelum melanjutkan langkah ke ruang yang selainnya.Aku mengambil segelas air dingin dari peti sejuk untuk menghilangkan dahaga,tika itulah ayah ku bersuara. "Azean mari sini...!?Angah...?Bawak adik masuk dalam tengok TV dalam bilik...Ayah nak cakap dengan along ni..."Ayah ku mengarahkan adik adikku untuk masuk ke kamar.Aku melangkah ke ruang makan untuk berdepan dengan Ayah ku."Dag Dug...Dag Dug"Dada ku berdegup dengan cemas.Wajah ayah ku yang sebentar tadi tenang sekarang sudah serupa seperti Singa Lapar yang menanti untuk menerkam mangsanya untuk dimakan. "Pang!!!..."Penampar Ayahku menghinggap ke pipiku dengan memberi kesan yang sangat pedih dan pijar.Maklum saja,Ayahku berbadan besar.Telapak tangannya lebar dan tebal.(Nampak Bintang Berputar Disekeliling ku...hehheheh) Aku tidak melawan hanya berdiam menahan sakit.Didada menahan rasa hendak nangis tapi aku tahan.Begitulah aku setiap kali dimarahi ayah.Aku tidak menangis seperti anak perempuan lain tapi aku akan kuat tahan lasak seperti lelaki.Ayah bangun dari posisinya yang sedang duduk lalu menarik telinga ku dengan tarikkan yang amat perit sekali. "Baru setahun jagung ada hati nak bermataair ehk...?!!Kau dah lupa apa yang ayah pernah kata pada kau dulu..!Jangan Langgar Batas... !!Now u really already go against my limits..!Tengking ayahku.Nenek ku melihat perbuatan ayah ku lalu menegur, "Kalau marah anak tidak gunakan tangan boleh..?!Mak tak pernah ajar Rushdi buat begitu..!Cukup setakat cakap Di..!Tidak perlu Jalan Tangan..!?"Tegas nenek ku pada Ayahku.Aku kesayangan nenek dan datukku.Memang Ayah dan Ibuku dilarang meletak tangan pada aku dan adik adik.Apatah lagi menjentik kami. "Ni cucu Mak dah melampau..!!Dia sudah berani berdua duaan dengan Jantan..!Mak nak suruh Di diamkan..?!"Jelas ayah ku pada nenekku.Aku masih terpacak berdiri macam batu.Keras hati,keras kepala dan tidak menunjuk apa apa reaksi di wajahku.Namun di hati ku membuku rasa kesal kerana melanggar perintah Ayahku.(Tapi apa kan daya..?Well..??In Love..Hehhehe) Nenek ku masih diposisinya duduk bersila melipat pakaian yg mengunung menjawab penjelasan ayahku. "Memang dia salah..Tapi kalau mahu mendidik dan mengajar jangan gunakan kekerasaan..Budak ni takkan dengar..Nanti dia buat lebih dahsyat dari tu..Yan..?Betul apa ayah cakap tu..?"Nenek bertanya padaku.Aku hanya menanggukkan kepala sebagai tanda mengiakan apa yang Ayah katakan.Nenek ku sambung. "Mak dah kata dengan Yan...jaga diri..jangan langgar larangan Tuhan..Berdosa buat begitu kan..?Haram Hukumnya Yan.."Nenek menasihatuku.Ayahku duduk dimeja menyalakan Paipnya dan menhisapnya untuk menenangkan keadaannya yang sedang membara.Aku merenung nenek ku dari kejauhan dengan membisu seribu bahasa.Aku tahu perbuatanku salah dan telah melanggar Hukum Islam.Maka wajarlah juga Ayahku marah kerana itu tanggung jawabnya sebagai pendidik serta Ketua Keluarga.Dia mahukan yang terbaik buat aku. Keadaan masih lagi belum reda dan kemarahan ayahku belum habis.Aku tidak bertindak apa apa hanya berdiri tegak seperti tunggul mati.Tidak berbunyi dan tidak bergerak dari posisiku. Ayah merenung mataku dengan tenungan yang amat tajam.Lantas dia bersuara, "Dulu kau berkawan dengan Razif tidak senekad ni..Tapi sekarang kenapa kau sampai berani berdua duaan dengan lelaki di dalam rumah macam tu..?Kau tidak takut ke kalau apa apa terjadi pada kau Yan..?!Kau tu kan dah Anak Dara..bukan kecil lagi macam adik adik kau..!Kau tahu tak..?!Kau Ni Sudah Boleh Jadi Mak Orang..!Maksudnya kau tu sudah oleh Hamil..!!Kalau sampai terjadi hal itu macam mana Yan..?! Kau sikit pun tidak kesiankan Ayah dan Ibu..Sanggup kau buat macam ni..?!"Jelas Ayah ku. Aku diam.Mataku terkelip kelip menahan sebak.Sekarang lah naluri perempuan datang meliputi dadaku.Tika Ayah meluahkan rasa kecewanya terhadap perbuatanku,yang awalnya tadi tidak memikirkan perasaan Orang Tua ku.Aku menjawab dalam keterpaksaan. "A..pa yang ayah nampak ..de..ngan apa yang ayah pikir sa..lah... Izz..dan Yan..Tidak buat apa yang ayah pikir..Ma..sa ayah sampai..Izz mandi dan Yan dibiliknya tengok TV..Ayah ketok pintu..Izz dengar dia keluar dari bilik air dan buka.."Jelas ku perlahan lahan dalam nada gugup tapi yang pasti,niat ku ialah mahu mempertahankan Izz.Supaya ayah tidak membencinya atau menuduhnya. "Bohong..!!Yan pikir Ayah Bodoh Ya..?!..Ayah tidak pernah muda seumur Kau..!Kau tak perlu hendak Cover budak Jantan tu..Kurang Ajar..!!Berani bawak balik Anak Dara orang ke rumah..Tidak ada Orang Tua pulak tu...?!Kau fikir tu Baik..!Betul ke perbuatan itu..?!"Tengking Ayah ku. Aku diam tidak menjawab,namun yang jelas aku sedar itu satu perbuatan salah.Sepatutnya aku tunggu dibawah Kolong rumahnya saja tanpa perlu ikut masuk ke rumahnya.