Rabu, 28 Mei 2014

Biografi Seorang Peragawati

Setiapkali memandang gambar ini..Akan bermain di mata segala kenangan.
Kerana banyak kenangan manis bersama insan2 yg ku sayang diwaktu tahun gambar ini dipetik.
Zaman kegemilangan diusia remaja menempatkan nama ku didalam dunia peragaan.
 (modelling)
Aku mendapat didikan dari Model2 Melayu ternama Suzana Abu, Noorshahyati,Rozi dan ramai lagi.Wajahku menjadi wadah media cetak utk majalah2 setempat & luar negara.Bekerjasama dgn Mak Andam2 & Pak Andam2 terunggul tahun 90an hinggalah sampai menyertai Ratu Raksamalah anjuran House Of Colose dan mendapat tempat kedua yg tempat pertama disandang oleh Rozie yg kini menjadi Adik Ipar kepada Pemain Bolasepak Ternama Spore Fandi Ahmad.
Dari tahun 1994-1997 aktif dlm dunia Hiburan & Peragaan telah memberiku perluang utk meneroka Industri Bisnes Hiburan (Showbiz).Berkat diatas dorongan dan galakan Ibuku seorang Mak Andam Ternama diSpore & Ayahku yg tika itu bertugas di Perbadanan Peryiaran Spore (SBC yg Kini jadi Mediacorp)
Aku menjadi rebutan ramai Mak Andam dari berbagai Syarikat Andaman Pengantin utk dijadikan Peragawati bagi mempromosikan Pakaian Rekaan mereka.
Adoiii...Sungguh indah skali memori saat itu.Seandainya aku diberi perluang utk memutar ulang segala perisitiwa lalu.Alangkah bahagianya.
Namun kini aku pasrah pada ketentuan illahi kerana sesungguhnya tiada satu pun hal yg kekal selamanya.Segalanya akan berubah.
Begitu juga aku dan diriku.
Tapi aku bersyukur..Kerana telah dianugerahkan kesempurnaan yg didambakan oleh setiap wanita yaitu utk menjadi Jelitawan.
Subhannallah..Nyata Tiada Satupun Yg Kekal Nikmat Allah.Sampai masa pasti diambil kembali.
[Jgn disalah artikan pernyataan ku ini..Tiada sikitpun nawaitu utk riak atau takkabur aku hanya berkongsi pengalamanku.Maaf jika ada yg kurang senang tapi yg jelas..Inilah Aku SahabatMu Yg Jujur Dan Tiada Kepuraan Dlm Diriku]
SYUKRAN YA ALLAH♥
(**Biografi Ini Sebagai Tribute ku tujukan Juga Buat Insan2 Yg Ku Sayang Yg Tika DiSaat Foto Ini Dipetik Mereka Disisiku.Kerana Merekalah Pembakar SemangatKu & Inspirasi DiKetika Ku DiJulang Dalam Dunia Kegemilanganku.Kini Mereka Telah Pulang Disisi Illahi.
AL FATEHA BUAT:ALMARHUM ABAS BIN KULOP,ALMARHUM MANAN BIN SUNGAIB,ALMARHUMMAH HJH CHIK BTE OTHMAN,ALMARHUM TAIB BIN SAID(HUSSIN ENERGY),ALMARHUM NOOR HALIS BIN BUANG(LELE),ALMARHUMMAH MARINA BTE ABDULLAH(Kak Mar),
ALMARHUM SHALIQIN(DJ EKINKamasutra),
ALMARHUM KHAMIS(HUSSINBassist KINGDOM IN ROCK**)
SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH MEREKA DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ROH2 YG BERIMAN.
AMIN♥♥♥

Sabtu, 17 Mei 2014

CINTA BANGKU SEKOLAH 1

Kisah cintaku yg lalu merasuk minda ku dikala mengelamun jauh. Aku dilanda bayangan disaat kebahagiaan masih menjadi milikku.Aku mengutip kembali memori bibit2 cinta yg mekar di taman asmara ku.Remaja..Siapa yg tidak pernah melalui zaman itu..?Ku yakin semua pernah melalui zaman remaja yg penuh kenangan pahit dan manis.Hanya barangkali pengalamannya saja yg berbeza.Namun yg pasti,tentu amat indah.Bukankah begitu? Dalam kisah ini aku ingin memutar kembali pita kenangan di minda ku,untuk aku ceritakan kembali pada para pembaca semua pengalaman hidupku sewaktu di zaman remajaku. ------------------------------------------------------------------- KISAH BERMULA (Memori 90an Gerek) Namaku Azean Eliyana Rushdi.Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang unik.Mengapa aku katakan keluarga ku unik,adalah kerana karaktor pada setiap satu ahli keluargaku.Ada yang Kelakar Seram,ada yg sensitif dan mudah panik.Terus kemudian,ada yang bengis tapi 'Ada Taman DiHati'.Ada pula yang Ungkal tapi bijak. Adik beradik ku tiga orang.Aku along,Zetty Haryani angah.Dan yang paling bongsu yaitu adik terakhirku,Shiqa Isdiyanti. Kami bertiga digelar Charlie's Angels,panggilan Glamour bagi yg tiga beradik perempuan secara umumnya. Walaupun kami perempuan,tapi kami berperangai kasar macam lelaki.Bergurau kasar,berjalan kasar,berpakaian kemeja T dengan seluar Jeans serupa seperti lelaki dan bila bab membantu buat kerja rumah,kerja yang harus panjat-panjat,bertukang,mengecat rumah.Itulah yang ku dan angah lebih gemar.Bab masak memasak mengemas dan hal ehwal kerja perempuan,langsung tidak dipegang.Tidak minat dan tidak suka.Jika terpaksa buat juga,hmmm jahanam.Hancur leburlah kerja tu.Tentu takkan sempurna. Aku memiliki seorang ayah yang sangat tegas dan garang.Tetapi dalam ketegasannya dia tetap ada sifat lembutnya,dimana dia menjadi teman bual ku selalu.Dizaman sekolah ayah akan menghantar dan menjemput ku.Soal pelajaran ayah tidak boleh mengajar kerana terlalu bengis dan keras.Hitam Katanya Hitamlah,Jika Putih Maka Putihlah.Tiada dolak dalik lagi.Memandangkan keadaanya begitu,ku memilih untuk belajar di sekolah bersama kawan-kawan. Saat ku bebas dari sekatan dan pengawasan ayahku adalah pada masa ku disekolah.Itupun tetap waktuku disekat.Aku dilarang pulang lewat.Malam jauh sekali,langsung jangan pernah sekali bermimpi aku boleh dapat perluang buat begitu.Oleh kerana aku anak yg sulung,aku menjadi tumpuan utama ayah dan ibuku.Aku dilarang bergaul bebas dengan lelaki,meski itulah satu hal yang sukar aku turuti undang2 ayahku.Walau bagaimanapun,suka atau tidak terpaksa juga aku ikutkan katanya tapi tetap ku lakukan dlm senyap. Disewaktu dibangku sekolah aku berkawan dengan lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan.Aktiviti disekolah ku juga lasak sehinggakan rentung warna kulit ku kerana banyak berpanas bergiat dengan sukan.Aktiviti paling aku suka adalah main kejar-kejar di gelanggang bola keranjang. Sani,Khairul,Junaidi,Mohktar,Iriawan,Sharif,Hamid,Amir dan ramai lagi lah nama2nya merekalah yg selalu bersama ku."Hahahah..."Tawaku tatkala kenangan itu bermain dimataku sekarang ini.Mana ada nama perempuan disebutkan disini?Tiadakan...?Itulah buktinya aku tidak ada kawan perempuan. Jika adapun,takkan pernah rapat seakrab ku dengan kawan2 lelaki di sekolah ku.Aku berambut pendek serupa macam lelaki kerana rimas berrambut panjang jika melakukan aktiviti lasak.Kerana sikap dan kegiatanku seperti lelaki,ayah ku semakin tegas terhadapku.Malah,dia khuatir aku terbabit dengan mencontohi golongan Wanita Yg Menyerupai Lelaki(yaitu Tomboy).Dalam fikiran ayahku tidak merisaukan soal hal lain,hanya hal yang merosak aqidahku.Itulah yang merisaukannya. Sehinggakan pada setiap tahun Ulang Tahun Kelahiranku,para undangan ku yang akan hadir semuanya kawan2 lelaki saja.Penuh diruang tamu rumah pangsa 5 bilik milik kami itu seramai 20 lebih orang,semuanya lelaki.Kawan perempuan yg hadir cuma 3 orang saja.Serene kawan baikku sejak darjah 1 hinggalah ke sekarang.Kak seri yaitu kakak angkatku yg setia bersama ku hingga sekarang.Farah kawanku yg sekarang sudah putus hubungan.Surianie adik angkatku yg selalu bersamaku di masa itu kerana dia juga sama sepertiku,lasak dan Boyish tapi alhamdulillah, dengar khabar dia sekarang sudah jadi seorang muslimah solehah. Zila,Yana,Su dan Fizah merupakan sahabat sejatiku sampai hari ini. Itulah saja kawan perempuan yang aku ada yang seiring sejalan bersamaku dizaman kanak2,remaja dan hingga sekarang.Yang selainnya Umpama Debu Dibawa Angin.Hadir dan terus hilang. Dari seusia kanak2 aku kurang berkawan dengan perempuan adalah kerana aku benci pada sikap cemburu,iri hati,mahu beradu siapa paling cantik,berlagak dan sombong.Semua sikap ini tiada pada diriku.Dan oleh kerana itu,aku memilih untuk berkawan dengan lelaki.Jika aku ada kawan perempuan,itu berarti perempuan itu memiliki persamaan yg ada padaku.Dari itu,bolehlah dia jadi kawanku.Jika tidak.Maaf saja lah.Aku tidak minat langsung hendak melayan kerenah orang2 macam ini. Istilah persahabatan bagiku adalah sering bersama dalam suka dan duka,sanggup bersusah payah bersama dan berfikiran terbuka.Jika sifat2 ini mampu dihadapi bersama.Orang itu akan tentu jadi kawanku atau mungkin lebih akrab lagi,menjadi sahabatku. Dalam sepanjang zaman persekolahan,aku mempunyai ramai kawan.Fikiranku sejernih jernihnya dan tidak pernah berfikiran untuk melakukan hal2 yang merugikan diriku sendiri.Walaupun aku berkawan dengan lelaki,tidak terlintas dalam hati untuk melanggar batasan pergaulan antara perempuan dan lelaki.Namun begitu,apalah daya ku sebagai manusia biasa yg seringkali tidakkan pernah sempurna.Aku tentulah ada tersilap langkah.Aku akur pada ketentuan yang telah tertulis oleh illahi buatku.Kesal tidak pernah wujud dalam jiwaku,hanya yang ada ialah rasa terkilan. SWEET SIXTEEN.....♥ Memori disaat hati mula berjinak-jinak mencuba untuk mengenali istilah Cinta Monyet.Pada ketika itu aku tidak kenal apa arti sebenar perkataan Love atau lebih tepat lagi,Cinta.Biasalah.Lumrah anak seusia 14tahun.Itulah saat usia dimana jiwa sedang berkobar-kobar untuk mencari tahu dan membuat eksperimen setiap apa yg dilihat mata atau didengar dek telinga. Sebenarnya.Sewaktu aku di sekolah rendah,aku sudah pun mengalami satu perasaan yg hadir dari dalam naluriku.Tetapi dikala itu,perasaan dan jiwa ku belum tepat.Maklum saja,fikiran pun belum matang dan setiap apapun tindakanku hanya dengan sebab mahu bermain main saja. Sebaik saja aku menempuh usia Akhil Baglih,yaitu saat aku berumur 13tahun,muncul suatu rasa yg pelik dari hatiku yg paling dalam.Aku mengalami sejenis getaran yg datang dari hatiku jika aku tidak bertemu dengan seseorang.Tetapi,aku belum pasti apakah perasaan itu.Apabila mataku memandang orang yg membuat hatiku bergetar,muncul pula rasa ingin bersamanya berdua saja,dan tidak mahu ada kawan2 yg lain berserta.Maksudnya aku disini adalah.Apabila aku bersama dengan orang yg aku sukai itu,jika boleh aku mahu dia bersama denganku berjalan,belajar berdua,bersiar siar hanya kami saja. Itulah awal permulaan aku dihantui oleh perasaan yg dinamakan asmara. Setelah faham bahawa perasaan getaran dihatiku tadi itu ialah cinta,hadirlah pula rasa rindu.Ingin mendengar suaranya selalu.Mahu bertemu dia setiap hari dan fikiranku juga sudah berubah.
(Kisah Ini Berhenti Disini Dan Nantikan Sambungan Nya Di CINTA BANGKU SEKOLAH 2)